Seni & Sukan 31 Jul, 2022

Liga Super 2022: Sabah FC bangkit untuk tewaskan Melaka United, 2-1! Amri Yahyah masih berbisa!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Dua jaringan daripada pemain gantian, Amri Yahyah memberi tiga mata penting untuk Sabah Football Club (FC) bangkit untuk menewaskan Melaku United 2-1 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada malam tadi (31 Julai 2022). 

Bermain dalam keadaan padang yang agak basah akibat hujan renyai-renyai ternyata ia menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan. 

Dalam perlawanan tersebut, boleh dilihat perlawanan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha mencari gol pertama. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Super

Kredit foto : FB Melaka United  


Sabah mempunyai peluang untuk membuka tirai jaringan melalui Taiki Kagayama namun tindakan beliau yang sedikit lewat menyebabkan percubaan beliau berjaya dihalang oleh pertahanan Melaka United. 

Pada minit ke-21, Melaka United mempunyai peluang terbaik namun tandukan Ifedayo Olusegun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat. Selang dua minit kemudian, Ifedayo menebus kesilapan beliau apabila kali ini berjaya menewaskan Khairul Fahmi untuk meletakkan Melak United mendahului 1-0 di hadapan. 

Sabah yang mempunyai banyak peluang di hadapan gol namun gagal disudahkan dengan baik. 

Ketiadaan Saddil Ramdani di bahagian serangan ternyata memberi kesan besar untuk Sabah dalam merencanakan gerakan bahaya yang boleh menghasilkn gol.  



Kemasukan Amri Yahyah seawal separuh masa kedua ternyata memberi impak positif apabila serangan Sabah dilihat memberi bahaya kepada barisan pertahanan Melaka United. 

Sabah yang berusaha mencari gol penyamaan terus mengatur serangan demi serangan namun penyudah kurang menjadi. 

Usaha keras Sabah akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran dari  Alto Linus disudahkan dengan satu volley yang sangat cantik dari Amri untuk Sabah menyamakan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua ternyata ia lebih dikuasai Sabah dengan serangan bertali arus sementara Melaka United hanya melakukan serangan sekali sekala sahaja. 

Sabah berpeluang untuk menambah jaringan melalui gerakan Farhan Roslan apabila Amri berada di kedudukan terbaik namun beliau memilih untuk melakukan percubaan sendiri tetapi gagal diterjermahkan dalam bentuk jaringan. 

Sabah terus menekan barisan pertahanan Melaka United dengan serangan pantas di sebelah kiri dan kanan.

Amri Yahyah sekali lagi meletakkan nama beliau selaku penjaring apabila kali ini Farhan Roslan memilih untuk melakukan hantaran dan ia  tidak dipersia-siakan oleh Amri. 

Di hujung perlawanan berlaku sedikit kekecohan apabila dua kad merah terpaksa pengadil berikan kepada pemain Melaka United dan Sabah atas kesalahan terjahan keras ke atas lawan masing-masing. 

Kemenangan ini membolehkan skuad kendalian Datuk  Ong Kim Swee terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga. - KitaReporters


19
7
0
8
0
You will be interested