Seni & Sukan 11 Aug, 2022

Video| Inilah saya! Baik buruk saya yang tanggung! Elyana akui dah buka hijab! Doa yang baik-baik!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Elyana mengejutkan pengunjung MAHA apabila muncul di pentas tanpa memakai hijab


TIGA hari sebelumnya penyanyi dan pelakon Elyana, 35, memuat naik gambar dia tidak lagi berhijab dalam laman Instagramnya, sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan ramai. 

Akhirnya, teka-teki terjawab apabila Elyana tidak lagi memakai hijab ketika muncul dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, pada Selasa, 9 Ogos 2022 lalu.

Namun, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut berhubung soal hijab.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berhijab atau bertudung



"Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

"Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya," jelas Elyana.

Menurut Elyana, dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Tambahnya, dia tiada keperluan untuk menjelaskan mengenai tindakannya itu.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

"Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami," katanya.


Tiga hari sebelumnya Elyana menunjukan dirinya tidak lagi berjilbab dalam IGnya.

"Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya. 

"Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat," ujarnya dalam pertemuan dengan sejumlah petugas media setelah persembahan.

Menurut Elyana jika diberi pilihan atau tiada kena mengena dengan industri seni, dia mungkin akan meminggirkan media sosial.

"Mungkin saya kena letak sempadan untuk komen. Ia bukan bermaksud saya salah atau takut. Cuma nak adakan jurang dengan pengikut.

"Sebab selama ini orang rasa senang sangat untuk komen saya. Saya senang dan suka untuk rapat dengan orang dan berkawan dengan peminat.

"Tapi kadang-kadang kebaikan kita tak dibalas dengan baik. Sekarang masa untuk saya letakkan jurang," katanya.



Sementara itu, lyana turut berkata, dia masih menjalani rawatan kemoterapi untuk rawatan kanser limforma pada hujung tahun 2021.

Elyana mengumumkan dirinya bebas kanser limforma selepas hampir 12 tahun menanggung derita.

Elyana kali pertama membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Astro Ria pada 2017.

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. - KitaReporters


13
10
0
14
0
You will be interested