Seni & Sukan 20 Feb, 2023

Tak nampak berkat dalam filem! MB sahkan sekat filem Pulau ditayang di pawagam seluruh Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


KEPUTUSAN Kerajaan Negeri Terengganu mengharamkan filem kontroversi berjudul “Pulau” daripada ditayang di semua pawagam di negeri tersebut adalah kerana mendapati ada unsur-unsur ‘soft porn’.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dicapai bagi menterjemahkan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.' 

Katanya, kerajaan negeri giat berusaha untuk mengekalkan negeri ini dalam keberkatan seiring slogan yang dibawa.

“Berkat ini tidak nampak di atas pentas, maka menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan bagi menjaga moral dan semua hal terlibat ke arah mencari keberkatan bagi sesebuah negeri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan bersedia menerima kunjungan pihak penerbitan filem itu bagi sebarang perbincangan rayuan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem


Menteri Besar berkata, berdasarkan treler yang ada, hujah beliau (penerbit) adalah treler tidak memaparkan keseluruhan filem. Maka tentu ia di luar pengetahuan kami. 

“Jadi jika mereka ingin merayu itu adalah hak mereka, kita tiada masalah kerana semua ada ruang untuk merayu,” katanya. 

Dr Ahmad Samsuri mengulas isu penayangan filem tersebut berikutan media melaporkan Kerajaan Terengganu mengambil keputusan menyekat tayangan filem itu di tiga buah pawagam di negeri ini dengan mendapat sokongan majoriti rakyat Terengganu. 

Susulan pengharaman tersebut, penerbit Pulau, Fred Chong mengemukakan surat rayuan selain mempelawa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu menonton filem berkenaan minggu depan.

Katanya, keputusan dibuat kerajaan Terengganu perlu dipertimbangan semula kerana dikhuatiri akan mempengaruhi negeri -negeri lain yang boleh mengakibatkan kerugian kepada pihak penerbitan.

Malah, pihaknya sedia ‘turun’ ke Kuala Terengganu, bagi berjumpa pihak terbabit untuk menjelaskan kandungan sebenar genre seram yang hangat dikatakan berunsur ‘soft porn’ seperti didakwa. - KitaReporters


 

17
7
1
10
0
You will be interested