Seni & Sukan 27 Jan, 2023

Jom turun ke jelajah amal Karyawan! Santai Seni@TAR 29 Jan 2023! Bersolidariti bantu Iskandar Spring!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) di bawah pimpinan Presidennya, Dato Freddie Fernandez antara persatuan yang aktif berkongsi bebanan insan-insan seni yang memerlukan bantuan, 

Terbaharu, menyahut usul yang dibentangkan oleh penyanyi Ameng Spring serta sahabat baiknya, Umarul Iklim untuk membantu meringankan tanggungan bekas pemain gitar Kumpulan Spring, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail, 54, Karyawan mengambil initiatif menganjurkan program yang dinamakan ‘Jelajah Amal Solidariti Iskandar Spring’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Karyawan Malaysia



Menggunakan nama komersialnya, Iskandar Spring, siri pertama jelajah akan bermula di lokasi  Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR  (berhadapan KAMDAR) pada 29 Januari 2023 (Ahad) bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang,

Dengan kerjasama  Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (JKKPS DBKL),  Santai Seni@TAR bakal menampilkan barisan artis baharu dan lama antaranya  Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Syafiq Farhain, Alim Kris, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People, termasuk Ameng Spring dan Umarul Iklim atau Umarul Mahdzar,  manakala pelakon Radhi Khalid akan bertindak sebagai pengacara majlis.

“Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar , kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh Negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk “ busking “ bagi mengutip dana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar “ ujar Freddie Fernandez membuka perbualan  ketika ditemui pada majlis sidang media ‘Jelajah Solidariti Amal Iskandar Spring’ yang berlangsung di Papparich, Sogo Kuala Lumpur pada 26 Januari 2023.


Dari kiri: Umarul Iklim, Rafi Gongk, Freddie Fernandez, Fauzi Ahmad dan Ameng Spring.


Selain artis-artis yang terbabit, turut hadir wakil Pengarah JKKPS DBKL, Fauzi Ahmad; Ketua Biro Muzik Karyawan Rafi Gongk;  AJK Karyawan Rozita RohaizadMohd Faruk B. Abdul Rahman, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Aizad Azman Pengerusi Pesatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia, Persatuan Buskers Terengganu, memandangkan lokasi jelajah berikutnya akan diadakan di dua lokasi lain iaitu di Padang Kota, Pulau Pinang, dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu.

Menurut Freddie, jelajah juga akan diteruskan di lokasi lain seperti Ipoh , Kota Bharu dan beberapa lagi negeri. pada tarikh yang bakal ditentukan kelak. 

Menyasarkan kutipan mampu meraih lebih kurang RM40,000, Freddie memberitahu, keperluan biaya Iskandar Spring agak besar memandangkan keadaannya lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.


Dari kiri: AIzad Azman, Syafiq Farhain, Ameng Spring dan Mohd Faruk. - Kredit foto: FAS.


“Purata perbelanjaan bulanan memakan lebih kurang RM3,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun,” ujar Freddie sambil memaklumkan modul persembahan ringkas secara ‘busking’ adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya bagi mencapai matlamat.

Berharap agar ramai yang akan hadir memberikan sokongan dan sumbangan melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter mahu pun melalui QR Code yang disediakan.

“Antara mekamisme lain, kita juga akan pancarkan persembahan secara live bagi membolehkan juga orang ramai membuat sumbangan kepada  tabung solidariti secara dalam talian melalui Akaun Persatuan KARYAWAN  Malaysia, 3108024130 (Public Bank),” tambah Freddie.

Malah untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi secara terus di talian 0147176276 (Ahmad). 

Dalam pada itu, majlis menyaksikan penyerahan sumbangan mock up cek bernilai RM2,000 dari Qew Communications Sdn Bhd  manakala Meta Music Xtreme diwakili Pengarah Urusannya, Syahrul Nizar Yahya tidak ketinggalan turut menyumbang kepada Tabung Solidariti sebagai langkah permulaan. 



Ameng Spring mewakili Karyawan menerima sumbangan dari QEW Communications (gambar atas) dan dari Meta Muic Xtreme, Syahrul Nizar sambil diperhatikaan oleh Freddie (tengah). Foto: Siti Dimiati.


Sementara itu, Ameng Spring atau pemilik benama penuh Wan Aminuddin Wan Ismail memaklumkan telah menubuhkan sebuah kumpulan baharu yang dinamakan AURA Band antara beliau dan rakannya Umarul Iklim.

AURA adalah gabungan nama Ameng dan Umarul serta Rakan-rakan  yang mana sebagai kumpulan baharu mereka mahu dikenali melalui persembahan busking terlebih dahulu.

“Ini antara usaha kami untuk dikenali dan diterima masyarakat sekali gus dapat menghidupkan semula lagu-lagu popular genre kami di samping berpeluang membantu Iskandar,”jelas Ameng terhadap rakan seperjuangannya itu.

Sehubungan itu, Karyawan mengajak khalayak ramai untuk turut menjayakan setiap persembahan yang akan diadakan oleh barisan artis dan pemuzik berprestij tanah air dengan menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu saudara Iskandar. - KitaReporters


14
16
0
12
0
You will be interested