Seni & Sukan 28 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Maghribi buat kejutan besar! Tundukkan pasukan gergasi Eropah, Belgium 2-0!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Pasukan bukan pilihan, Maghribi melakukan kejutan ke atas Belgium dalam kejohanan Piala Dunia 2022 peringkat kumpulan F di Stadium Al Thumama pada 27 November 2022.

Mereka menumbangkan gergasi Eropah, Belgium 2-0 dalam perlawanan kedua, sekali gus membuka peluang untuk ke pusingan kalah mati tetapi wajib menang perlawanan terakhir. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawanan Piala Dunia



Pada awalnya skuad bimbangan Roberto Martinez dijangka tiada masalah untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua lebih awal namun apa yang terjadi di dalam perlawanan itu sebaliknya pula. 

Biarpun Belgium mengawal perlawanan secara keseluruhan namun penyudah yang kurang baik menyebabkan mereka sukar mendapatkan jaringan. 

Bagi anak didik Walid Regragui pula, meskipun pasukannya diasak bertubi-tubi tetapi mereka berjaya bertahan dengan baik dan akan menggunakan gaya permainan serangan pantas ke kubu lawan mereka. 



Apa yang dilakukan oleh pasukan ini ternyata membuahkan hasil apabila dua jaringan berjaya terhasil menerusi Abdelhamid Sabiri pada minit ke-73 dan Zakaria Aboukhlal pada lewat permainan. 

Belgium menghadapi lawan sukar iaitu perlu menewaskan Croatia jika berhasrat melangkah lebih jauh pada edisi kali ini. 

Maghribi berpeluang untuk membaiki rekod mereka di Piala Dunia dan pasukan dari utara Afrika ini harus berusaha keras untuk ke pusingan kedua dan kali terakhir mereka melepasi peringkat kumpulan adalah pada 1986. - KitaReporters


11
11
0
11
0
You will be interested