Seni & Sukan 27 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Indonesia menang besar! Belasah Brunei 7-0! Peluang cerah ke separuh akhir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


INDONESIA meneruskan rentak kemenangan selepas menjadikan Brunei sebagai pasukan belasahan dengan 7-0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Cheras pada 26 Disember 2022.

Bermain di tempat lawan, Indonesia mendapat sokongan padu dari penyokong mereka yang hadir membanjiri stadium. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF



Dalam perlawanan tersebut, ia kelihatan berat sebelah selepas Indonesia lebih menguasi sepanjang 90 minit permainan.  

Skuad Garuda memulakan pesta jaringan pada minit ke-20 menerusi Syahrian Abimanyu. 

Brunei cuba bermain bertahan dan melancarkan serangan balas bila berpeluang. Strategi ini tampak menjadi buat mereka. 

Ketika mereka mampu mengekang asakan Indonesia, Brunei terpaksa bermain 10 orang selepas Mohammad Alinur Rashimy Awang Jufri menerima kad kuning kedua. 

Keadaan ini memberi kesan kepada sistem bertahan Brunei dan ia mula kelihatan goyah serta mula ditembusi serangan lawan dengan mudah. 

Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh lawan untuk menambah jaringan. 

Pada minit ke-41, Dendy Sulistyawan mengukuhkan kedudukan untuk Indonesia. Egy Maulana dan Ilija Spasojevic terus menceriakan penyokong di stadium untuk jaringan ketiga dan keempat pada minit ke-59 dan minit ke-62. 



Tidak puas dengan jumlah gol yang diperoleh, mereka terus menekan kubu Brunei dengan pelbagai serangan.  

Indonesia menambah tiga lagi jaringan menerusi Ramadhan Sananta, Marc Klok dan Yakub Sayuri untuk melengkapkan kemenangan besar ke atas Brunei. 

Kemenangan ini membolehkan Indonesia mengumpul 6 mata dari dua perlawanan dan mereka akan menerima kunjungan Thailand pada perlawanan seterusnya untuk memastikan sama ada mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal atau perlu tunggu perlawanan seterusnya. 

Kekalahan ketiga Brunei menyebabkan mereka tersingkir dari saingan secara sah. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB PSSI 

13
11
0
11
0
You will be interested