Seni & Sukan 18 Aug, 2022

Video| Terpaksa usung jenazah 13km! Klinik enggan benarkan guna ambulans! Pegawai daerah bertindak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Jenazah terpaksa diusung kerana ambulans tidak dibenar membawa. - Kredit foto: Kompas

AKIBAT sebuah klinik kerajaan Kalumpang enggan memberikan khidmat sosial untuk menghantar jenazah menggunakan ambulans, menyebabkan mayat seorang wanita terpaksa diusung di dalam keranda ke rumahnya sejauh 13 kilometer oleh beberapa saudara lelakinya.

Ini kerana keluarga si meninggal tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyewa kenderaan bagi membawa jenazah pulang kerana kosnya agak tinggi.

Salah seorang pemandu van ambulans mempunyai hubungan keluarga dengan jenazah tetapi tidak berani melanggar peraturan pihak atasan klinik itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ambulans

Sekumpulan saudara lelaki mengusung keranda mengandungi jenazah seorang wanita. - Kredit foto: otomania.com

Atas sebab itu anggota keluarga berpakat untuk mengusung jenazah, yang diletakkan di dalam keranda, di atas jalan raya sejauh 13 kilometer. Peristiwa ini berlaku di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia pada Selasa, 9 Ogos 2022 lalu.

Peristiwa usungan jenazah ini sempat dirakam oleh salah seorang anak saudara jenazah dikenali sebagai Fenny Tadius dan dimuat naik dalam Facebook akaun @fenny tadius dan tular di Indonesia.

Dalam video berdurasi 25 saat yang turut disiar sejumlah stesen TV, terlihat beberapa lelaki berjalan atas jalan raya mengusung keranda yang membawa jenazah seorang wanita dikenali sebagai Tanija.

Ia menjadikan sejumlah netizen bersimpati dengan peristiwa itu dan menimbulkan kemarahan terhadap pihak klinik yang tidak punya rasa simpati.



Ketika dihubungi media Kompas, Fenny Tadius menyatakan pihaknya tahu pihak klinik sudah memberi keterangan di papan kenyataan bahawa ambulans hanya diguna untuk tujuan kecemasan, bukan untuk khidmat sosial lain seperti menghantar jenazah.

Namun pihak keluarga merayu agar membenarkan sebuah ambulans dibenar untuk membawa pulang jenazah Tanisa kerana anggota keluarga tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa van jenazah.

Namun rayuan tetap ditolak menyebab anggota keluarga lelaki berpakat untuk mengusung jenazah di dalam keranda berjalan atas jalan raya sejauh 13km.

Peristiwa yang sudah tular itu menarik perhatian Bupati (Pegawai Daerah), Sutinah Suhardu

Dia meminta maaf kepada anggota keluarga yang meninggal dunia dan menyesali Klinik Kalumpang yang tidak menggunakan budi bicara untuk membantu golongan yang terdesak.

Menurut Sutinah walaupun agensi kerajaan mempunyai prosedur tertentu, namun dalam keadaan tertentu budi bicara perlu diutamakan.

Dia mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak pengurusan klinik kerajaan di Mamuju agar peristiwa sedemikian tidak berulang lagi.

Hasil mesyuarat itu, Sutinah memutuskan, ambulans yang tidak diguna untuk kerja kecemasan boleh diguna untuk menghantar jenazah jika diperlu pihak keluarga. - KitaReporters

12
12
1
11
0
You will be interested