Seni & Sukan 28 Aug, 2022

Video| Nasib baik tak calar! Kereta mewah hampir tersagat di bawah jambatan! Naik kenderaan tunda!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


BARU-BARU ini sebuah video menjadi tular dalam media sosial menunjukkan sebuah kereta mewah nyaris ‘tersagat’ ketika ditunda di sebuah jambatan mengudang reaksi orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama @annazrulan, memaparkan situasi kereta mewah itu dibawa menaiki sebuah trak tunda kereta dengan melalui sebuah jambatan sehingga menimbulkan kerisauan akan tercalar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kereta-kereta mewah


Kereta baru coating kena sagat bawah flyover. Jenuh nak menjawab dengan syarikat perkhidmatan menunda ini,” ciapnya laman aplikasi Twitter.

Sementara itu, susulan video tersebut menjadi tular pemilik kenderaan terbabit membalas ciapan dengan menyatakan kereta beliau tidak mengalami sebarang kesan calar sekali gus menghilangkan kebimbangan ramai.

“Kereta tiada kesan calar pun. Semuanya bagus,” ujarnya.



Video tular itu mengundang reaksi orang ramai yang meminta penunda kereta agar lebih berhati-hati pada masa akan datang dan mereka berasa lega kereta itu tidak mengalami sebarang kesan calar.

“Kalau tak yakin jangan main masuk sahaja, pedih tu, kena bayar dekat tuan punya kereta pula,” ujar @anwarahhhmad.

“Tuan punya kereta dah balas, nasib baik tiada kesan calar. Buat takut je video ini,” kata @badgaltisyaaa.

“Kenapa dia gagah juga nak redah,” tulis @amarasyra. - KitaReporters


14
10
0
13
0
You will be interested