Seni & Sukan 09 Sep, 2022

Perkhemahan remaja Keluarga Malaysia! Semai semangat perpaduan, patriotisme! Ada perarakan merdeka!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Peserta perkhemahan bergotong-royong membina khemah antara aktiviti yang dilakukan.


BERKHEMAH selama dua hari satu malam menjadi aktiviti sekumpulan remaja bersempena menyambut Bulan Kemerdekaan Negara ke-65 yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor bermula pada 30 Ogos 2022 lalu.

Rata-rata yang terbabit dalam perkhemahan berkenaan adalah pelajar beberapa sekolah menengah sekitar Bandar Sungai Buaya berumur antara 13 tahun hingga 18 tahun, dianjurkan KRT terbabit dengan kerjasama Ahli Majlis Hulu Selangor Zon 22, Marina Jayaseelan, dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti perkhemahan

Mahmod Mat Ali berswafoto berhampiran lokasi kawasan peserta mendirikan khemah.


Pengerusi KRT Kasturisari, Mahmod Mat Ali, berkata perkhemahan yang julung kali diadakan itu adalah bertujuan menyantuni remaja terbabit dengan menyemai serta menyuntik semangat patriotisme di samping menghayati erti kemerdekaan negara ke arah memupuk perpaduan pelbagai kaum dalam masyarakat.

Menurutnya, perkara itu menjadi tanggungjawab secara tidak langsung kepada KRT bagi membantu kerajaan melahirkan generasi muda yang peka kepada kehidupan harmoni Keluarga Malaysia apabila hidup serumpun dengan pelbagai kaum dan agama serta mengamalkan sikap sentiasa bertolenransi.

Jelas beliau, antara pengisian dilaksanakan sepanjang perkhemahan itu ialah pendedahan cara memasang khemah, yang menariknya perhatian ibu bapa apabila turut serta dengan penuh bersemangat dengan membawa peralatan perkhemahan sendiri walaupun pihak urus setia sudah menyediakan peralatan untuk tujuan berkenaan.


Solat berjemaah antara aktiviti dalam perkhemahan itu.


“Sesetengah ibu bapa bertindak sedemikian adalah bagi memberi keselesaan kepada anak mereka bersama-sama rakan berlainan bangsa melakukan aktiviti sepanjang perkhemahan berkenaan,” katanya.

Mahmod berkata, bagi remaja beragama Islam mereka dididik untuk rajin menunaikan solat secara berjemah di samping program motivasi, kuiz cergas minda, nyanyian lagu patriotik sementara menunggu menjelang detik 12 malam nyanyian lagu Negaraku pula berkumandang diikuti persembahan bunga api.

Pada hari kedua, peserta perkhemahan berarak dengan membawa bendera mengililingi kawasan taman perumahan diiringi dengan nyanyian beberapa lagu patriotik.


Remaja yang menyertai perkhemahan bersempena menyambut Bulan Kemerdekaan Negara ke-65 anjuran KRT Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor, berarak mengelilingi kawasan perumahan sambil menyanyi lagu patriotik.


Tambahnya, peserta yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dibekalkan bahan mentah seperti ayam, santan, rempah kari, minyak masak, tepung gandum dan peralatan untuk tugasan memasak berkumpulan sebagai pendedahan berkerja secara berkumpulan disamping mencungkil bakat dalam bidang cef.

“Saya amat bersyukur program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada kejiranan Kasturisari yang berbilang kaum serta komitment padu ahli jawatankuasa program yang bersungguh-sungguh menjayakannya.

“Selain mendapat kerjasama daripada Marina ia juga menarik perhatian pegawai Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali, Sarifuddin Shafi Muhammad dan Jabatan Perpaduan Hulu Selangor.

“Majlis perasmian penutup perkhemahan ini serta penyampaian hadiah dan sijil kepada paserta disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Hulu Selangor, Shamsida Wahib,” katanya. - KitaReporters


Peserta mempelajari teknik memasak dalam keadaan serba kekurangan pada perkhemahan itu.

24
17
0
6
0
You will be interested