Seni & Sukan 15 Oct, 2022

Ikut keperibadian Rasulullah! Muslimah Masjid Batu 3 Semenyih santuni warga emas Keluarga Malaysia!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Nur Asyikin Jantan menyerahkan sumbangan dana kepada Azman Rasman pada 11 Oktober 2022.


RASULULLAH S.A.W mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bahkan Baginda amat yakin bahawa tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Rasulullah S.A.W menasihati kita supaya bersedekah. 

Mudah-mudahan Allah berikan penawar buat sakit kita. Yang memberi dan menyembuhkan penyakit adalah Allah. 

Kita tidak tahu barangkali dengan sedekah yang kita sumbangkan buat mereka yang susah akan menyebabkan untuk Allah memberikan kesembuhan kepada kita.

Rasulullah S.A.W. terkenal dengan sikap yang suka membantu dan memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Baginda S.A.W. sentiasa sedia untuk membantu dan tidak pernah menolak permohonan bantuan daripada sesiapa pun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan Maulidur Rasul

Nur Asyikin Jantan (kiri) bersama ahli kumpulan Muslimah menunjukkan barangan makanan dan keperluan harian yang disumbangkan kepada PJMM.


Mengambil ikhtibar keperibadian mulia Rasulullah S.A.W itu, Kumpulan Muslimah Masjid Batu 3, Semenyih, Selangor bersama-sama 10 ahli mengadakan Program Kunjungan Mesra ke Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM) di Semenyih, Selangor sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M, pada 11 Oktober 2022. 

Pengerusinya, Nur Asyikin Jantan, berkata program kunjungan itu bagi menjalin hubungan ukhuwah antara masjid dengan pusat berkenaan di samping menyampaikan dana serta sumbangan makanan kering dan barangan kegunaan harian kepada PJMM yang selama ini bergantung kepada infak daripada orang ramai serta pelbagai pihak untuk terus operasi.


Azman menerangkan sejarah penubuhan PJMM kepada Kumpulan Muslimah Masjid Batu 3, Semenyih, Selangor.


Menurutnya, sebagai jiran yang paling dekat, sebagai sedekah kumpulan itu akan terus membantu PJMM  termasuk menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai bantuan diperlukan mereka.

Walaupun kecil sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan PJMM dalam mengurus selia warga emas di pusat berkenaan.

Jelasnya, dalam taklimat ringkas yang disampaikan Pengerusi PJMM, Azman Rasman, memberi kefahaman kepada ahli kumpulan itu mengenai tujuan kewujudan pusat jagaan berkenaan dan bukan satu perkara yang mudah untuk menjaga warga emas yang menghidap pelbagai penyakit serta uzur kerana sentiasa memerlukan perhatian rapi.

“Kami juga kagum dengan mereka yang terbabit dalam pengurusan PJMM kerana sentiasa gigih berusaha mencari dana atau sumbangan pelbagai barangan untuk kegunaan harian, kesihatan serta sumber makanan untuk menyantuni warga emas setiap hari supaya mereka sihat sejahtera bagi menjalani rutin kehidupan di pusat ini,” katanya.


Ustaz Alias (kiri) dan Ustaz Shafie memberi penerangan ringkas sebelum memulakan perarakan Sambutan Maulidur Rasul.


Sementara itu, pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat pusat jagaan berkenaan, kira-kira 100 peserta termasuk sukarelawan dan warga emas yang menghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor turut mengambil bahagian dengan berarak sejauh 100 meter dari jalan utama Kampung Sungai Purun, Semenyih menuju ke PJMM pada 10 Oktober 2022.

Jelas Azman, walaupun tidak sejauh mana berarak tetapi bagi memenuhi hasrat warga emas pusat itu dan PJNH yang mahukan satu perarakan dibuat sambil berselawat dilakukan kerana mereka sudah lama merindui kemeriahan menyambut Maulidur Rasul dengan cara itu sebelum menghuni pusat jagaan berkenaan.

“Dengan dibantu sukarelawan, warga emas yang berkerusi akan disorong manakala yang bertongkat disantuni dengan baik supaya tidak terjatuh dan sebagainya yang melahirkan suasana gembira dalam kalangan mereka apabila dapat menyelesaikan perarakan dengan selamat.

“Selepas perarakan yang diketuai Ustaz Alias dan Ustaz Shafie, warga emas ini kemudahannya mendengar ceramah bertajuk Kasih Rasulullah yang disampaikan oleh penceramah bebas Ustaz Mohammad Shyazreel Adry Mohd Roni dan diikuti jamuan nasi minyak yang ditaja sukarelawan suami isteri, Nasir dan Norizan,” katanya. - KitaReporters


Sukarelawan membantu menyorong kerusi warga emas yang berselawat pada perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat PJMM 10 Oktober 2022.

26
15
1
10
0
You will be interested