Seni & Sukan 18 Sep, 2022

Video| Seorang penjaga premis hiburan, bar di Pulau Perhentian ditahan polis Besut! Op Noda Hiburan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Pulau Perhentian, Terengganu


KERANCAKAN muzik yang kuat dimainkan di sebuah premis hiburan di pusat peranginan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu memudahkan pergerakan anggota polis melakukan tindakan menyerbu premis terbabit bagi mencegah aktiviti tidak bermoral di pulau tersebut. 

Dalam Operasi “Op Noda Hiburan” yang dilakukan oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut pada jam 12.30 pagi Sabtu, 17 September 2022 itu susulan tersebarnya aktiviti pesta arak dan disko yang tular dalam media sosial.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti tidak bermoral

Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, ketika anggota polis pergi ke sebuah premis yang dikenali Best Bar Pulau Perhentian, muzik sedang dimainkan dengan kuat. 

Katanya, pegawai polis yang mengetuai serbuan itu kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada seorang lelaki Melayu yang penjaga premis dan memberitahu sebab-sebab kehadiran mereka untuk membuat pemeriksaan.


Sebahagian pengunjung di Best Bar Pulau Perhentian. - Kredit foto:  Ihsan IPD Besut


Menurutnya,  ketika membuat pemeriksaan selanjutnya mendapati penama gagal mengemukakan sebarang lesen perniagaan dan lesen pusat hiburan

Beliau berkata, susulan itu polis turut merampas satu unit telefon bimbit jenama Comi, satu unit speaker jenama Professional Ampaudio bersama satu unit tempat letak speaker bertulis Harpman.


Pengunjung yang berada dilokasi yang diserbu oleh Polis Besut

Beliau berkata, hasil siasatan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari Pasir Puteh, Kelantan yang kemudiannya dibawa ke IPD Besut untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.  

“Lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 2002,” katanya dalam satu kenyataan media pada 17 September 2022. 

Abdul Rozak berkata, ketika serbuan dilakukan terdapat kira-kira 20 pengunjung semuanya pelancong asing berada di lokasi terbabit.


Seorang pegawai polis sedang membuat pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Pulau Perhentian


Pada 12 September 2022 tular satu video dalam media sosial yang mendakwa berlaku pesta arak dan tarian di pulau tersohor itu menyebabkan pelbagai pihak tampil mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap aktiviti memalukan masyarakat Islam negeri ini. 

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Terengganu, M Rozi Bidin menafikan video yang tular tersebut adalah video terbaharu tetapi sebuah rakaman video lama. 


Tular dalam media sosial mengenai aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian


Video yang ditularkan yang menjadi pertikaian hangat sama ada video tersebut baharu atau lama.


Mengulas lanjut mengenai penyebaran video tersebut, Abdul Rozak berkata, pihaknya tidak dapat mempastikan sama ada video tersebut ada kaitan dengan kes terbaharu dan meminta kepada orang ramai bertanyakan sendiri kepada pemilik akaun Facebook berkenaan. - KitaReporters


Premis hiburan yang beroperasi tanpa ilesen di Pulau Perhentian yang diserbu polis

 

 

12
8
3
18
4
You will be interested