Arif Aiman merupakan pemenang Anugerah Pemain Paling
Bernilai ABK 2021. - Kredit foto: Agensi
SIAPA yang tidak kenal dengan pemain muda kelahiran Pahang yang kini menjadi ‘ayam tambatan’ dengan kelab tersohor Johor Darul Takzim (JDT)?
Kemunculan Arif Aiman Mohd Hanapi di pentas arena bola sepak tanah air, mahu pun peringkat antarabangsa sering mencuri tumpuan peminat-peminat dan penyokong-penyokong bola sepak tanah air setiap kali beliau beraksi bersama pasukan JDT.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Arif Aiman Mohd Hanapi
Berdasarkan 'tanda harga' pada 16 Oktober 2022 yang dipaparkan dalam laman rasmi transfermarkt.com menyaksikan pemain sayap kanan itu, kini bernilai 400,000 Euro atau bersamaan dengan RM1.87 juta.
Sebelum ini pada Mei 2022, nilai Arif Aiman ialah 300,000 Euro (RM1.39 juta).
Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa gaji Arif Aiman pada musim lalu hanya RM11,000 sebulan.
Kedudukan beliau semakin meningkat disebabkan prestasinya yang memukau semasa kempen Liga Malaysia dan penampilannya di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Beliau selayaknya memegang gelaran pemain tempatan paling bernilai (Malaysia), kerana memiliki rekod sebagai penyerang terbaik kebangsaan serta menjulang Piala FA, Piala Sumbangsih dan trofi Liga Super pada usia 20 tahun.
Pada tahun 2022 ini sahaja, pemain ini berjaya dengan cemerlang merekodkan sebanyak 7 jaringan dan 15 bantuan gol dalam semua kejohanan.
Nilai terbaharu Arif Aiman adalah €400,000 atau bersamaan lebih RM1.84 juta. — Facebook/JDT
Pada perlawanan penutup tirai Liga Super 2022 menentang Sabah FC pada Sabtu (15 Oktober 2022), Arif berjaya melakukan sepakan percuma bertaraf 'world class' sekali gus melonjakkan lagi daya penarik bintang sensasi yang menjadi buah mulut peminat-peminat sukan bola sepak negara.
Bukan itu sahaja, dia turut mendapat pujian warganet apabila sebuah video dimuat naik dalam laman TikTok @Hunydedear menyaksikan dia mencium tangan pemain Sabah FC, Amri Yahyah pada perlawanan akhir (Liga Super 2022) sebagai tanda penghormatan terhadap bekas pemain JDT tersebut.
Video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 775 ribu tontonan.
Momen kegemilangan JDT semakin terserlah dengan ledakan Arif (minit ke-38) dan Bergson Da Silva (minit ke-17 dan 55) sekaligus melengkapkan kemenangan ke-17 buat skuad kendalian Hector Bidoglio dengan membenamkan Sabah FC 3-0.
Penilaian terbaru oleh Transfermarkt menunjukkan Arif Aiman kini adalah pemain ketiga paling bernilai dalam skuad JDT di belakang Fernando Forestieri (€850,000 atau RM3.9 juta) dan Bergson da Silva (€500,000 atau RM2.29 juta). - KitaReporters
Arif Aiman mencium tangan pemain Sabah FC, Amri Yahyah pada perlawanan akhir Liga Super 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Putri, Johor. - Sumber foto: TikTok @Hunydedear
Sumber:
https://lobakmerah.com/nilai-arif-aiman-kini-mencecah-rm1-84-juta-catat-pemain-muda-termahal-di-malaysia/
https://makanbola.com/gelagat-arif-aiman-cium-tangan-amri-yahyah-buat-ramai-terhibur/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Arif_Aiman
https://www.tiktok.com/@hunydedear/video/7154816670626794778?_r=1&_t=8WZKoNilhMP&is_from_webapp=v1&item_id=7154816670626794778