Seni & Sukan 26 Oct, 2022

Video| Nabil Ahmad memang humble, sempoi! Masih lepak dengan member bekas rakan sekerja di warung!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


SIKAP pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad masih duduk semeja bergelak ketawa dan bergurau dengan bekas rakan di tempat kerjayanya sebelum menjadi popular telah mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @paanaerox, kelihatan Nabil begitu seronok serta bergurau dengan rakan-rakannya di sebuah warung kedai makan yang begitu ‘sempoi’ sekali meskipun kini bergelar selebriti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Nabil Ahmad


Apa yang kita tengok di TV, macam itulah perangai Nabil di depan-depan,” katanya dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memuji sikap peramah dan tidak sombong Nabil serta menyatakan sikap peramah Nabil yang begitu ceria menghiburkan orang sama seperti di TV setelah menonton video itu.



“Sempoi betul Nabil ini,” tulis @areyen.

“Sama sahaja perangai Nabil tidak kira di TV atau depan-depan dengan orang,” ujar @akusukaje.

“Alhamdulillah Nabil memang tidak sombong, sangat mesra alam, tidak lupa daratan,” jelas @Rafi. - KitaReporters 


15
13
0
11
0
You will be interested