Seni & Sukan 14 Oct, 2022

Disangkakan hantu! Rupanya isteri orang berkemban sedang sembunyi! Elak dicekup khalwat dengan bomoh!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


AWALNYA disangkakan satu lembaga seperti `hantu’  yang bersembunyi di tingkap atas di sebuah rumah tetapi rupa-rupanya seorang wanita yang berstatus isteri orang sedang menyorok dirinya agar tidak dicekup berkhalwat dengan seorang bomoh oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM), Kedah, pada Jumaat 7 Oktober 2022  lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 2 pagi itu, wanita terbabit berusia 35 tahun hanya berpakaian kain berkemban dikatakan cuba bersembunyikan dirinya di atas tingkap rumah tersebut ketika petugas pejabat agama itu bersama Skuad Badar menyerbu rumah bomoh tersebut yang berumur 65 tahun di kawasan Bedong, Kuala Muda.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes-kes berkhalwat


 

WANITA (baju biru) yang masih mempunyai suami ditangkap khalwat dengan seorang bomoh (baju hijau) di kawasan Bedong, Kuala Muda, Kedah pada pukul 2 pagi. - Kredit foto : PADKM


Sebelum itu, anggota penguat kuasa pejabat agama daerah itu bersama skuad tersebut telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah bomoh termasuk di dalam bilik tetapi tidak menemui apa-apa sebagai bahan bukti. 

Namun, tiba-tiba anggota penguatkuasa terbabit terpandang satu lembaga berpakaian kain berkemban yang tidak bergerak-gerak seperti `hantu’ di tingkat atas rumah tersebut.

Kemudian mereka menyuluh dengan lampu  ke arah lembaga itu yang berada di sudut itu yang gelap sebelum mengarahkan lembaga itu (wanita) supaya bangun dan turun dari tingkat atas di rumah itu.  

Setelah turun, wanita itu mendakwa dia datang ke rumah bomoh tersebut untuk berubat pasal masalah rumah tangga dengan suaminya.  


Kredit foto: PADKM


Pegawai PADKM, Mohd Noor Irmardi Ismail berkata, pihaknya bertindak menyerbu rumah bomoh itu berdasarkan aduan penduduk kampung yang mengatakan wanita itu selalu pergi ke rumah bomoh berkenaan.

Beliau berkata, berikutan dengan aduan itu, pihaknya melakukan pemeriksaan rumah warga emas itu dan bomoh tersebut mengaku dia tinggal bersendirian dan tiada sesiapa pun di dalam rumahnya.

"Warga emas itu yang juga bomoh berpakaian seluar pendek itu cuba menipu kami dan apabila penguat kuasa kami membuat pemeriksaan di dalam rumah itu terjumpa wanita itu seolah-olah satu lembaga yang sedang menyorok di tingkat atas,’’ katanya.

Hasil siasatan petugas pejabat agama itu, wanita berkenaan memberitahu dia memakai kain kemban untuk melakukan proses perawatan dengan bomoh itu.

Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 yang membawa hukuman denda RM3,000 setiap seorang jika disabitkan dengan kesalahan itu. - KitaReporters


Kredit foto : Media Sosial

15
17
0
9
0
You will be interested