Seni & Sukan 06 Oct, 2022

Piala AFC 2022: Kevin Mendoza wira KL City ke pentas akhir! Tewaskan Sogdiana 5-3! Sepakan penalti!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PEMILIHAN ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Bojan Hodak menurunkan penjaga import, Kevin Mendoza ternyata membuahkan hasil selepas beliau menjadi wira untuk membawa KL City mara ke pentas akhir Piala AFC 2022 menewaskan FC Sogdiana 5-3 menerusi sepakan penalti

Perlawanan yang diadakan di Stadium Kompleks Sukan Sogdiana, Uzbekistan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bertarung selama 120 minit sebelum ke sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFC

Kredit foto-foto: AFC CUP 2022


Taktikal KL City seperti biasa bermain secara bertahan dan akan melakukan serangan balas apabila mempunyai peluang. Dan taktik ini ternyata memberi hasil yang positif untuk skuad kendaliannya. 

Perlawanan ini juga menyaksikan tuan rumah lebih menguasai permainan dengan deretan peluang tetapi gagal menjaringkan gol. 

Sepanjang perlawanan berlangsung, penjaga gol KL City berjaya menampilkan aksi cemerlang untuk menafikan beberapa percubaan terbaik mereka.  



Ketika aksi sepakan penalti, Kevin sekali lagi bertindak cemerlang untuk menyelamatkan satu sepakan penalti sekali gus memastikan kemenangan KL City dapat mara ke pentas akhir Piala AFC. 

KL City menjadi kelab kedua dari Malaysia berjaya ke pentas akhir Piala AFC. Moga mereka mampu mengulangi kejayaan yang dicipta oleh JDT ketika muncul juara Piala AFC

Mereka akan bertemu kelab Oman, Al-Seeb pada 22 Oktober 2022 ini dan perlawanan akan diadakan Stadium Cheras, Kuala Lumpur. - KitaReporters


Kredit foto-foto: AFC CUP 2022

11
13
0
9
0
You will be interested