Seni & Sukan 16 Jul, 2022

Tahniah Harimau Malaya B-19! Juara B-19 AFF 2022! Tewaskan Laos 2-0! Bumi Indonesia terus bawa tuah!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kredit foto-foto : FB FAM


SKUAD muda bawah 19 tahun (B-19) negara akhirnya berjaya menutup mulut pengkritik apabila muncul juara pada Kejuaraan B-19 AFF 2022 menewaskan Laos 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Indonesia pada 15 Julai 2022.

Skuad Harimau Malaya B-19 kendalian Hassan Sazali Waras ini turun dalam misi serampang dua mata iaitu membalas dendam atas kekalahan mereka pada peringkat kumpulan dan pada masa membuktikan kepada peminat bahawa mereka sememangnya pasukan terbaik dalam kejohanan ini. 

Dalam perlawanan akhir itu, permainan Malaysia sedikit terganggu disebabkan keadaan padang yang teruk kerana pada sebelah petang telah diadakan perlawanan untuk tempat ketiga dan keempat. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan B-19


Namun itu bukanlah alasan untuk skuad muda tidak menampilkan aksi terbaik. Malaysia yang turun dengan motivasi tinggi cuba menyesuaikan gaya permainan dengan keadaan padang.

Berpunca daripada satu sepakan percuma daripada pemain pertahanan negara, Muhammad Faiz Amer Runnizar berjaya mengelirukan penjaga lawan sekali gus menghadirkan jaringan pertama untuk Malaysia pada minit ke-13. 

Laos yang cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan mempunyai banyak peluang namun barisan pertahanan Malaysia tampak lebih bersedia untuk menyerap setiap asakan pasukan lawan. Malah Laos dalam satu ketika dilihat mengawal sebahagian perlawanan apatah lagi mereka ingin mencipta sejarah untuk muncul juara buat pertama kali. 

Bermain dalam keadaan padang basah, berlaku beberapa kekasaran yang tidak dingini dan pengadil perlawanan terpaksa melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pasukan untuk mengawal perlawanan daripada terus kucar-kacir. 

Dalam usaha Laos mencari gol pertama mereka, Malaysia mengukuhkan kedudukan apabila menerusi pemain muda negara, Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-76 membolehkan Malaysia mendahului 2-0 dan kedudukan itu kekal hingga tamat permainan. 

Kejuaraan yang dimenangi skuad muda negara ini adalah kejuaraan kedua untuk B-19 Malaysia selepas pertama kali muncul juara pada tahun 2018 dan ia lebih manis kerana muncul juara kali kedua di tempat yang sama. 

Kemenangan ini sedikit membuktikan Malaysia sentiasa perform pada setiap kejohanan pada peringkat muda. Moga skuad ini akan terus meningkatkan prestasi dan mampu membawa prestasi terbaik ini ke bawah 23 tahun (B-23) atau Harimau Malaya B-23 pula. - KitaReporters 


Kredit foto-foto : FB FAM

13
10
0
9
0
You will be interested