ARGENTINA tidak berhadapan masalah besar untuk menewaskan Croatia 3-0 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2022 pada 14 Disember 2022 untuk melangkah ke perlawanan akhir.
Dua jaringan daripada Julian Alvarez dan satu gol dari Lionel Messi sudah cukup untuk mengecewakan Croatia ke pentas tertinggi bola sepak anjuran FIFA itu.
Croatia turun untuk melangkah ke perlawanan akhir buat dua edisi berturut-turut namun tidak berjaya apabila lawan mereka ternyata lebih hebat dalam perlawanan tersebut.
Lagi
Messi meletakkan Argentina di hadapan pada minit ke-34 apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas rakan sepasukan dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Selang beberapa minit kemudian, Alvarez terus menceriakan penonton di stadium untuk gol kedua pada minit ke-39.
Croatia kelihatan seperti lesu apabila tidak dapat mempamerkan permainan seperti menentang Jepun dan Brazil selepas membiarkan Argentina bergerak bebas dalam perlawanan itu.
Argentina berpeluang untuk terus mengandakan kedudukan namun penjaga gol Croatia terus beraksi cemerlang untuk menafikannya.
Alvarez sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol ketiga, sekali gus memusnahkan impian Croatia untuk bangkit mengikat kedudukan.
Kemenangan ini membolehkan Argentina untuk menambah koleksi Piala Dunia. Mereka akan menentang pemenang antara Perancis atau Morocco di perlawanan akhir nanti. - KitaReporters