SIAPA sahaja yang tidak terasa kehilangan ibu atau ayah yang dicintai kerana merekalah yang membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa.
Namun, untuk balas jasa mereka banyak yang boleh dilakukan agar amalan mereka sering diterima walaupun sudah tiada di atas muka bumi ini antaranya bersedekah.
Inilah yang dilakukan oleh seorang pemuda apabila beliau enggan menerima bayaran oleh pelanggannya kerana ingin bersedekah. Beliau dilihat menolak wang RM20 dalam sebuah video.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat bersedekah
Beliau menyatakan tujuan bersedekah ini untuk kesejahteraan ibunya yang sudah tiada. Kelihatan dia cuba menahan rasa sebak dirinya.
Perlakuan pemuda ini sangat menyayat hati dan menyentuh hati netizen yang melihat gelagatnya ketika sedang mengesat air mata apabila ditanya ibunya pergi mana.
Semoga amalan yang dilakukan ini dapat membantu ibu yang berada di alam Barzakh dan pemuda ini dipermudahkan segala urusan dan rezeki. - KitaReporters