Seni & Sukan 18 May, 2024

Video| Peluang menangi hadiah berjumlah RM25k! Pertandingan Bakat Luar Biasa Malaysia anjuran Mr DIY!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Perhatian semua rakyat Malaysia dengan bakat luar biasa! Kumpulan Mr DIY (M) Berhad (Mr DIY) mempelawa rakyat Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka dalam pertandingan 'Bakat Luar Biasa Malaysia', dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM25,000.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh, berkata, “Kami teruja untuk melancarkan pertandingan ‘Bakat Luar Biasa Malaysia’. 

"Sama ada anda mahir dalam mengimbang objek luar biasa, menyelesaikan kiub Rubik dengan mata ditutup, menebar roti canai ‘terbang’, atau mempamerkan kemahiran matematik dan banyak lagi, inisiatif ini menyediakan platform untuk rakyat Malaysia mempamerkan bakat luar biasa mereka. 

"Ia adalah salah satu cara kami menghargai para pelanggan dan meraikan kepelbagaian kemahiran dan kebolehan unik dalam kalangan rakyat Malaysia. 

"Jangan lepaskan peluang ini untuk mempamerkan kemahiran anda - sertai ‘Bakat Luar Biasa Malaysia’ hari ini dan sinarkan bakat anda.”



Pertandingan ‘Bakat Luar Biasa Malaysia’ Mr DIY menawarkan hadiah bernilai sehingga RM25,000 kepada 13 pemenang. 

Juara akan menerima wang tunai RM10,000 sebagai hadiah utama, pemenang pertama akan memenangi wang tunai RM5,000, dan pemenang kedua akan memenangi wang tunai RM3,000. 

Sepuluh pemenang hadiah saguhati akan menerima wang tunai RM700 setiap seorang. Selain itu, 50 penyertaan pertama akan diberi ganjaran RM50 Mr DIY baucar tunai setiap satu.

Untuk mengambil bahagian, semua peserta hanya perlu:

  1. Rakam video yang mempamerkan bakat luar biasa mereka.
  2. Muat naik video itu ke laman Facebook, Instagram, atau TikTok dengan hashtag #BakatLuarBiasaMalaysia dan tag @MRDIY. Pastikan akaun media sosial ditetapkan kepada umum.
  3. Hantar penyertaan di https://bakatluarbiasamalaysia.mrdiy.com/ dari 7 Mei hingga 3 Jun 2024.



Video yang disenarai pendek akan dimuat naik dalam laman mikro pertandingan di https://bakatluarbiasamalaysia.mrdiy.com, di mana penonton boleh mengundi bakat kegemaran mereka setiap hari dari 11 hingga 24 Jun 2024. 

Kemudian, 13 peserta akan dipilih sebagai pemenang berdasarkan bilangan undian tertinggi, dan pemenang dengan jumlah bilangan undian tertinggi akan menerima hadiah utama.

Untuk maklumat lanjut tentang MR. D.I.Y., layari laman web Mr DIY, www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
9
0
16
0
You will be interested