Seni & Sukan 26 Jul, 2024

Haramkan Israel sertai liga bola sepak serantau, antarabangsa! FAM perlu desak FIFA lulus segera usul!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


MAPIM menyeru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) desak Federasi Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya usul pengharaman israel dalam semua liga bola sepak pada peringkat antarabangsa diluluskan segera.

Jenayah genosid dan aparteid Israel telah didokumenkan secara sangat meluas, membuktikan Israel kini adalah penjenayah nombor 1 dunia yang melakukan ibu segala jenayah iaitu genosid.

Baru-baru ini, FIFA sendiri menangguh undian untuk meluluskan usul itu sehingga selepas acara Olimpik, untuk mengharamkan Israel dalam acara pertandingan bola sepak dunia. 

Ini menandakan FIFA, cuba melindungi Israel dari bertanggungjawab terhadap jenayah genosid di Gaza. 

FIFA nampaknya menjamin pasukan bola sepak Israel boleh menyertai pertandingan di (Olimpik) Paris (Paris Games), sementara Israel meneruskan genosid ke atas 2.3 juta rakyat Gaza dan melakukan jenayah "sporticide" (pembunuhan sukan) Palestin.



Dalam beberapa hari yang lalu, Israel telah membunuh pemain bola sepak Palestin di Gaza iaitu Sayeed Yousef Odeh, Yazan Al-Sarsawi dan Shadi Abu Al-Arraj.

Pada 9 Julai 2024, Israel mengebom sekolah UN yang melindungi pelarian di Gaza ketika kanak-kanak sedang bermain bola sepak yang mengakibatkan sekurangnya 30 orang terbunuh.

Israel telah mengebom 9 sekolah yang menjadi pusat melindungi warga Gaza dalam beberapa hari yang lalu.

Israel juga telah membunuh sekurangnya 240 pemain bola sepak Palestin termasuk 67 kanak-kanak dari akademi bola sepak Gaza, mencederakan 15 dan memenjara 12 orang.

Israel telah menyasar dan memusnahkan 49 fasiliti sukan Palestin termasuk stadium, bangunan kelab dan ruang sukan.

Stadium-stadium di Gaza kini diduduki tentera Israel dan ditukar menjadi pusat tahanan dan penyeksaan warga Gaza yang ditangkap.



Kami menyeru FAM mengundi di FIFA untuk mengharam Israel dari arena bola sepak antarabangsa.

FIFA sepatutnya sudah lama menyekat penyertaan Israel dari sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak yang mewakili dan diikuti ratusan juta peminat.

Dengan melindungi Israel daripada akauntabiliti jenayah genosid, FIFA mengizinkan Israel mendapat kekebalan dan bebas daripada dakwaan undang-undang (impunity) terhadap sistem aparteid, jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan di Palestin sejak 75 tahun yang lalu. Hal ini tidak boleh dibenarkan berterusan!!

Sebanyak 47 ahli Asian Football Confederation (AFC), sebuah organisasi dalam FIFA, telah mendesak Israel diharamkan daripada keanggotaan dalam FIFA.

Sebuah petisyen mendesak FIFA memecat Israel kini sudah mengumpul lebih 500,000 tandatangan.



Dengan FIFA yang tercemar dengan unsur rasuah, ia menjadi platform Barat kolonial untuk diperalat untuk kepentingan Barat yang memihak kepada Israel. 

FIFA telah gagal mematuhi peraturannya sendiri. Sebab itu ia tidak memecat Israel. 

Sekarang kuasa rakyat perlu digembleng untuk menekan badan sukan dunia bertindak ke atas Israel termasuk mengharamkan Israel dalam pelbagai acara sukan rantau dan antarabangsa.

Bila banyak kerajaan dunia gagal menegakkan keadilan dan menghentikan jenayah israel, maka rakyat perlu mengambil tanggungjawab moral mengisolasi aparteid Israel seperti mana dilakukan ke atas aparteid Afrika Selatan.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


19
9
0
6
0
You will be interested