Seni & Sukan 27 Aug, 2025

Video| Siti Nurhaliza nyanyi di angkasa biru pulak! Sempat hiburkan penumpang pesawat ke Yogyakarta!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Sudah puluhan tahun Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau Tok Ti, 46, menjadi penghibur, namun baru-baru ini dia mendapat pengalaman baharu yang tidak akan dilupa sepanjang hayat. Menyanyi di angkasa biru!



Tok Ti dan Datuk K menaiki pesawat AirAsia menuju destinasi Yogyakarta


Tok Ti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) menjadi tetamu penerbangan AirAsia bagi destinasi Kuala Lumpur-Yogyakarta.

Sebenarnya Tok Ti diberi tugas berkongsi rezeki menerusi permainan menyanyikan lagu popularnya ‘Bukan Cinta Biasa’.Permainan itu dimulakan sejam sebelum pesawat AirAsia mendarat di Yogyakarta.

Dalam hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya @CTDK, Tok Ti meluahkan rasa berbesar hati dapat menghiburkan dan berkongsi rezeki menerusi permainan menyanyikan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’.


"Bukan selalu dapat beramah mesra dan menghiburkan penumpang di dalam pesawat. Alhamdulillah, sejam sebelum sampai ke destinasi, saya sempat menguji kemampuan beberapa penumpang menyampaikan lagu saya.

"Mereka tidak pulang dengan tangan kosong kerana AirAsia menyediakan hadiah atau cenderamata dan pemenang tempat pertama menerima hadiah tiket penerbangan dari mana-mana destinasi Indonesia ke Malaysia (pergi dan balik).

"Terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif Capital A & AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun kerana sudi menyediakan hadiah dan turut terbang bersama-sama," tulisnya.

Siti juga sempat menyanyikan sebahagian lagu terbarunya hasil kerjasama bersama pemuzik Indonesia, Ade Govinda, ‘Menamakanmu Cinta’.


Para penumpang teruja menyaksikan Tok Ti menyanyi dalam pesawat


Lagu ‘Menamakanmu Cinta’ sudah mencapai 1 juta penstriman dalam Spotify. MyMusic Records meberi tahniah atas kejayaan memberangsangkan itu. 

Mungkin selepas ini AirAsia akan mengundang kembali menyanyi dalam pesawat ke mana-mana destinasi di dunia.

Atau mungkin ada syarikat penerbangan pesaing seperti Penerbangan Malaysia (MAS) juga akan membawa Tok Ti menyanyi dalam pesawat destinasi dunia mereka. - KitaReporters

5
13
0
17
0
You will be interested