Seni & Sukan 16 Jul, 2025

Hang Pi Mana? Jom saksikan pameran karya 21 pelukis Budak Taiping! Lukisan pensel, cat air, akrilik!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Dua buah karya akrilik pada kanvas yang dipamerkan sejak 4 Julai hingga 27 Julai 2025.


Menjenguk kepada lakaran pensel, cat air dan akrilik pada kanvas, jelas menunjukkan betapa tekunnya pelukis Budak Taiping yang begitu teruja untuk menganjurkan pameran seni Hang Pi Mana? kali kelima di galeri seni One Art Gallery di Taiping Sentral Mall, Taiping, Perak.

Pemeran seni visual itu membabitkan kira-kira 100 buah karya antaranya ialah oleh Shaharuddin Mat Zin, Salahuddin Salleh (Pak Long), Hadi Amin, Ismail Alias,  Rahim Jabbar, Humaira Rahim, Zaki Hadri,  Jaafar Hassan, Mohd Azril Razmin, Ahmad Nor Fikri, Osman Saaidin dan beberapa lagi pelukis termasuk pelukis jemputan.

Pameran ini jelas untuk pelukis yang mahu sama-sama berkongsi rasa dan memberi ruang kepada khalayak peminat seni visual untuk menghargai dan menghayati kepelbagainya tema, gaya, bahan dan teknik pengolahan karya serta gurisan dan pelbagai warna.

Apa yang jelas, keunikan pameran Budak Taiping ialah kemuafakatan dan kebersamaan minat dalam menghasilkan karya yang pelbagai tema, gaya dan isu.


Osman Saaidin (kanan) menunjukkan karya cat air yang dipamerkan.

Ketenangan di laut sebuah karya Osman Saaidin.


Sesuai dengan tema pameran Hang Pi Mana? audian akan dibawa menyelusuri pelbagai gaya dan peristiwa dalam pameran itu dengan pelbagai gaya cara yang dipamerkan.

Pameran ini merupakan medan pertemuan rasa dan pelbagai aliran serta gaya, di samping menyampaikan aspresasi rasa pelukis pada karya masing-masing.

Pelukis Osman Saaidin berkata, beliau mengetengahkan lima buah  lukisan menggunakan cat air pada pameran itu.

“Lukisan saya menggambarkan ketenangan dalam hidup seperti menjadi nelayan di laut, pokok-pokok yang menghijau dan sebagainya,” katanya pada pameran seni Hang Pi Mana? di One Art Gallery itu pada 14 Julai 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Ahmad Man yang merasmikan pameran tersebut begitu kagum dengan usaha pelukis Budak Taiping dalam melahirkan karya-karya berbakat.

Orang ramai yang mahu menyaksikan pameran tersebut boleh ke tingkat satu Taiping Sentral Mall. Pameran itu dibuka sejak 4 Julai sehingga 27 Julai 2025. - KitaReporters


Sebahagian para pelukis bergambar di Galeri Seni One Art Gallery di Taiping Sentral Mall, Taiping pada 13 Julai 2025.

10
17
0
6
0
You will be interested