Seni & Sukan 30 Oct, 2025

Video| Nikita Mirzani tenang! Walaupun dipenjara 4 tahun, denda RM254k! Yakin rayuannya diterima!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani Mawardi, 39, tenang dan masih mampu tersenyum apabila hakim menjatuhkan hukuman 4 tahun penjara dan denda sebanyak Rp1 bilion (RM254,000).



Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada Selasa, 28 Ogos 2025 memutuskan Nikita bersalah dalam kes pemerasan terhadap usahawan kecantikan terkenal Reza Gladys. 

Nikita masih memperlihat keceriaannya dan melayan mesra sejumlah peminatnya setelah menerima keputusan hakim.

Nikita yakin hukuman itu masih boleh dikurang setelah dia mengemukakan rayuan.


Ini bukan kali pertama Nikita menjalani hukuman. Dia pernah tiga kali menjalani hukuman iaitu pada 2012, a013 dan 2020.  Namun hukuman terkini adalah yang paling berat dihadapinya.

Nikita terbukti melakukan pemerasan melalui penyebaran maklumat elektronik dengan niat menguntungkan diri sendiri secara salah dan mencemarkan nama baik orang lain.

Media tempatan melaporkan, dia disabitkan kesalahan di bawah Pasal 45 (10)(A) Pasal 27B (2) Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE). 

Hakim menetapkan jika gagal membayar denda, ia akan digantikan dengan hukuman penjara selama tiga bulan.

Nikita bagaimanapun dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.



Hukuman yang dijatuhkan adalah lebih ringan berbanding tuntutan asal oleh pihak pendakwa raya yang menuntut hukuman penjara selama 11 tahun dan denda Rp2 bilion.

Pendakwa menyatakan bahawa perbuatan Nikita bukan sahaja merugikan mangsa tetapi turut menimbulkan keresahan awam serta menunjukkan sikap tidak bekerjasama sepanjang proses perbicaraan.

Mahkamah menetapkan bahawa tempoh penahanan yang telah dijalani Nikita akan ditolak daripada hukuman yang dijatuhkan.



Kes berprofil tinggi ini bermula apabila Nikita dan pembantunya, Ismail Marzuki atau Mail Syahputra, didakwa mengugut Reza Gladys melalui platform media sosial dengan ancaman untuk menyebarkan kenyataan buruk mengenai produk kecantikan milik Reza sekiranya tidak diberi sejumlah wang.

Menurut keterangan pendakwa, Reza akhirnya menyerahkan wang berjumlah empat bilion rupiah (lebih RM1 juta) secara berperingkat-peringkat kepada Nikita dan pembantunya sebagai ‘wang tutup mulut’.

Siasatan turut mendedahkan bahawa sebahagian daripada wang itu digunakan oleh Nikita untuk membayar ansuran rumah di kawasan Bumi Serpong Damai (BSD), Tangerang.

Dalam kes itu, pihak pendakwa menuduh Nikita melanggar Pasal 45 ayat (10) huruf A juncto Pasal 27B ayat (2) Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE) serta Pasal 55 ayat (1) Kitab Undang-undang Jenayah (KUHP).

Selebriti berusia 38 tahun ini sudah menjalani tahanan di Penjara Wanita Pondok Bambu, Jakarta Timur, sejak 4 Mac 2025. - KitaReporters

14
10
0
13
0
You will be interested