Seni & Sukan 18 Aug, 2022

Video| Berjaya ditangkap! Lelaki gunting Jalur Gemilang dah dapat dicekup! Tahniah pihak berkuasa!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this



AKHIRNYA... Lelaki yang gunting bendera Jalur Gemilang berjaya dicekup oleh pihak berkuasa.

Pemilik akaun TikTok Ieka Kartika (@iekakartika__), yang mula memuatnaikkan video seorang lelaki menggunting bendera Malaysia, melaporkan: "Alhamdulillah saya dah buat report & suspek pon telah ditangkap. PDRM & DBKL memang terbaikk laju buat kerja."


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bendera Jalur Gemilang


Mengibar Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini adalah semangat rakyat Malaysia bagi menghargai perngorbanan pejuang kemerdekaan untuk negara kita. 

Pastinya perbuatan lelaki 'gila' itu boleh mencetuskan kemarahan dan pergaduhan jika tidak dihalang.



Tular sebuah video dalam Tiktok memaparkan seorang lelaki yang dilihat dengan sengaja menggunting Jalur Gemilang berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Seorang wanita Ieka Kartika, yang berjaya merakam perbuatan lelaki ini sudah menegur individu berkenaan agar tidak melakukan perbuatan ini. Namun tidak dipedulikan dan lebih mengejutkan dia dimarahi pula.



Rakaman ini dibuat agar tindakan selanjutnya dapat diambil terhadap lelaki ini yang memotong Jalur Gemilang tanpa rasa bersalah.

Para netizen berasa sangat marah akan tindakan lelaki ini kerana tidak menghormati langsung bendera negara Malaysia. 

Alhamdulillah jenayah ini dapat diselesaikan dan lelaki ini berjaya diberkas dan bakal dikenakan tindakan sewajarnya. - KitaReporters


14
12
0
11
0
You will be interested