Seni & Sukan 30 Aug, 2022

Keluarga Malaysia turun ke sawah! Kenali kehidupan di kampung! Hari terbuka di Kampung Kubang Depu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this



HARI Terbuka Pesatuan Penduduk Kampung Kubang Depu (PPKKDT) Jertih, Terengganu, yang diadakan bagi mengambil aura sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 bukan sahaja membangkitkan semangat patriotik penduduk malah ia juga mengajak pelajar menghayati erti kemerdekaan

Program sehari yang berlangsung di Dataran Warisan Kubang Depu pada 28 Ogos 2022 lalu turut mengabungkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sawah bendang di kampung

Mohd Fakaru Azhar Yunus


Pengerusi PPKKDT, Mohd Fakaru Azhar Yunus berkata, penganjuran program tersebut juga dapat memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia dengan memberi fokus kepada semangat kerjasama dan mufakat antara pelbagai pihak sebagai satu keluarga.

Katanya, sempena program tersebut pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuk menghias Jalur Gemilang, demonstrasi masakan tradisional, persembahan kebudayaan dan kesenian.


Pelajar kolej dan sekolah menengah menyertai program turun ke sawah


Selain itu,katanya, golongan pelajar sekolah menengah dan universiti kolej yang turut serta menjayakan program itu diberi pendedahan dengan program gotong royong bersama penduduk, menikmati suasana alam semula jadi di kampung dan pengalaman turun ke sawah.


Aktiviti amal gotong royong mengutip sampah

Mohd Fakharul berkata, beliau bangga kerana program itu turut didokong oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah, Jabatan Pelancongan Daerah dan Felda,

“Menerusi program pelajar turun ke sawah ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenali kerja-kerja bertani yang diusahakan oleh nenek moyang mereka sebelum ini,” katanya. 


Pelajar turun ke sawah mengayati kerja-kerja yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.


Beliau berkata, secara fizikal Kampung Kubang Depu adalah sebuah perkampungan tradisional dan mempunyai sawah padi yang sedang menghijau, sekali gus memberi panorama menarik untuk alam semula jadi.

“Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan seluruh kampung itu dihiasi dengan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kepada kempen kibar jalur gemilang anjuran keraajaan,” katanya. - KitaReporters


Pelajar-pelajar dibawa mengenali alam sekitar

12
20
1
10
0
You will be interested