Seni & Sukan 26 Aug, 2021

Nak phone ambillah! Tapi gambar di dalamnya sangat berharga! Gambar arwah ibu baru meninggal!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


"Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa, nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga." Satu kenyataan yang nampak pelik.

Bagi sesetengah kita terlalu banyak memori bersama ibu tercinta yang kita simpan semasa hayatnya. Namun memori bersamanya akan kekal dapat dilihat daripada gambar-gambar dan juga video-video yang dirakam untuk mengingatinya sepanjang ibu kita semua masih lagi hidup.

Bagaimanapun oleh kerana kemalangan jalan raya, seorang pemuda yang bekerja sebagai  penghantar FoodPanda hilang telefon bimbitnya semasa kemalangan berlaku.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu


Kisah pemuda ini tular dalam media sosial kerana abangnya memohon sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis iPhone 11 milik adiknya di lokasi kejadian kemalangan tersebut agar dapat mengembalikan telefon milik adiknya

Ini kerana mereka semua baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 10 Julai 2021 yang lalu. Mereka mahukan telefon tersebut kerana segala gambar kenangan bersama arwah ibu mereka ada di dalam telefon yang hilang tersebut

Abang kepada lelaki ini berharap sangat kepada sesiapa yang menjumpai telefon adiknya untuk memulangkan telefon milik adiknya.



Nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian ini berharap sangat agar orang yang menjumpai telefon ini memulangkan balik.




Netizen juga berharap agar adik ini cepat sembuh daripada kemalangan yang menimpa dirinya dan mengucapkan takziah diatas pemergian ibunda mereka tercinta pada bulan Julai 2021 lalu. - KitaReporters


0
0
3
0
0
You will be interested