PERTANDINGAN Gegar Vazanza 8 (GV8) memasuki episod 2 pada Ahad, 28 November 2021 lalu mula hangat. Kesemua 13 peserta memperlihatkan kehebatan masing-masing sehingga juri memutuskan tiada penyingkiran dalam episod 2.
Aliff Aziz masih kekal pada senarai teratas dengan memperoleh 81 markah. Dia meninggalkan jauh peserta lain dan mendapat pujian juri kerana memberi persembahan mantap.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Gegar Vaganza
Adibah Noor pula kekal di tangga kedua. Namun kali ini dia kalah jauh dengan Aliff. Adibah hanya memperoleh 72.80 markah. Nikki Palikat di tangga ketiga dengan memperoleh 71.70 markah.
Adibah Noor dijangka bolot tempat pertama dalam episod ke-3 nanti
Nikki Palikat di tangga ketiga episod 2 GV8
Sementara markah terendah diperoleh oleh kumpulan Nico G dengan 52.9 markah. Persaingan yang sebenarnya bermula pada episod ketiga pada Ahad 5 Disember 2021 ini. Pasti akan ada peserta yang tersingkir.
Melihat dua persembahan yang telah berlangsung, salah satu artis yang dijangka mungkin akan tersingkir ialah sama ada Nico G, Fazley Yaakob atau Ani Maiyuni.
Persembahan pada episod ke-3 akan lebih mencabar peserta kerana mereka terpaksa menyampaikan lagu di luar kebiasaan mereka.
/
Antara yang menarik dalam episod ke-3 nanti ialah sejauh mana kemampuan beberapa penyanyi yang selama ini tidak pernah menyampaikan lagu berbahasa Inggeris.
Shidee misalnya terpaksa menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Elvis Presley berjudul ‘Blue Suede Shoes“ dan bakal menyaksi penyanyi pop ini menari rock n roll.
Kumpulan Sa.Ya (Shaiful Apek dan Yassin) juga tercabar apabila terpaksa menyampaikan lagu Barat berjudul, ‘Better Man’ yang dipopularkan oleh Robbie Williams.
Aliff Aziz pula terpaksa membawa lagu rock, ‘Kasihnya Laila’ yang dipopularkan oleh kumpulan Jinbara.
Dua penyanyi terpaksa berdangdut. Azan Scan terpaksa menyanyi dan menari lagu dangdut rap yang dipopularkan oleh Farid Harja dan Lucky iaitu ‘Ini Rindu’.
Sementara Datuk Fazley terpaksa berdangdut bagi menyampai lagu yang dipopular Iwan, ‘Yang Sedang-Sedang Saja’.
Sementara Bandi Amuk terpaksa menyampaikan lagu berunsur asli iaitu ’Nak Dara Rindu’ yang dipopularkan oleh P Ramlee.
Adibah Noor dijangka tidak bermasalah menyampaikan lagu ‘All I Ask’ yang dipopularkan Adele. Jika Adibah mampu menyampai dengan baik, dia mungkin menjuarai episod 3 nanti.
Berikut adalah keduduan markah peserta GV-8 Episod 2:
01 Aliff Aziz 81.1 markah
02 Adibah Noor 72.8
03 Nikki Palikat 70.7
04 Suki Low 69.7
05 Upiak Isil 69.6
06 Sa.Ya 66.2
07 Aweera 64.7
08 Shidee 61.1
09 Bandi Amuk 60.8
10 Azan Scan 60
11 Ani Maiyuni 56.7
12 Datuk Fazley 56
13 Nico G 52.9