TIDAK semua orang suka kita dan disebabkan itu, apa saja yang dibuat pasti ada cacat cela pada mata mereka atau mudah cakap, buatlah apa saja yang baik tetap tidak baik pada pandangan orang lain.
Begitulah situasi dialami penyanyi Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 29, yang fotonya bersama seorang lelaki dalam kelab tular baru-baru ini dan menerusi foto tersebut, Shima kelihatan seolah-olah sedang mencium lelaki berkenaan sedangkan foto itu adalah lakonan untuk video muzik (VM) lagu Lalai.
Mungkin disebabkan foto itu, peminat hilang kepercayaan terhadap Baby Shima sehingga usahanya melawat seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Atuk Grab turut menjadi mangsa kecaman netizen dengan dilabelkan sebagai menunjuk-nunjuk.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Baby Shima
Baby Shima bersama warga emas dikenali sebagai Atuk Grab yang masih gigih mencari rezeki.
Menurut Shima, niatnya bertemu dan menyantuni warga emas berkenaan telah disalah tafsir serta dianggap sengaja untuk menunjuk-nunjuk kebaikan dilakukan.
“Entahlah, saya pun tak faham... semua yang dibuat seolah-olah tak betul, ada saja
salah. Apabila saya menari ada yang kecam dan maki.
“Bila buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati, tetap ada yang maki. Habis tu korang nak saya buat apa?” luah Shima yang didakwa cuba berlakon baik demi menutup kontroversi yang dikaitkan dengannya akhir-akhir ini.
Baby Shima meluahkan perasaannya dalam akaun Intagramnya, babyshimaofficial.
Tambah peserta D’Academy Asia musim ketiga dan Big Stage musim pertama itu, beliau pergi berjumpa Atuk Grab atau Zakaria Abdul Wahab yang berusia 68 tahun itu adalah atas rasa simpati.
“Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas. Melihat keadaannya yang sudah tua, tapi masih mencari rezeki, saya jadi sedih. Dalam keadaan sekarang dan usianya yang sudah lanjut, dia gagahkan diri juga untuk mencari rezeki.
“Salah ke saya jumpa dia untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan. Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tuduh bukan-bukan sehingga saya mengalami depresi, tapi bila saya buat perkara baik tetap nak kecam, agak-agak laa…
“Saya ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik. Saya buat perkara baik kot,” ujarnya lagi yang sering dikecam walaupun melakukan hal-hal kebajikan.
Gambar kontroversi dan tular mengenai Baby Shima di kelab malam adalah lakonan untuk video muzik lagu Lalai ini.
Melihat komen-komen netizen, terbukti ada sesetengah mereka seakan-akan tidak suka Baby Shima berbuat baik.
Antara komen yang dipetik daripada Instagram @babyshimaofficial:
“Perempuan
yang tak ada akhlak. Neraka tempat kau bab*. Konten baik perlu ke nak menunjuk
sial.”
“Tak mau
ajak Atuk masuk pub (kelab) ke.”
“Buat baik
marketing gak ek? Kurang cerdik ni.”
“Sampah.”
“Cari publisiti murahan. Kalau nak beramal, nak buat baik pun, tak payah nak menunjuk."
Sementara itu, untuk info Kisah Atuk Grab tular dalam media sosial baru-baru ini hingga menjadi perbualan apabila dilihat masih bekerja pada usia tua demi menyara anak.
Warga emas yang terbongkok-bongkok itu menghantar pesanan kepada pelanggan telah mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok @danielashraf1370 memuat naik video tersebut.
Menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan, warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zack memaklumkan yang dia menanggung dua orang anak yang tidak bekerja. - KitaReporters