Seni & Sukan 14 Dec, 2021

Video| Disangka Pokemon! Tiktoker selamba sentuh naga biru! Rupa-rupanya hidupan laut berbisa!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


KHAZANAH lautan sememangnya penuh rahsia dan tarikan! Pelbagai jenis hidupan yang cantik dan tidak pernah dilihat oleh manusia berada di dalamnya.

Namun, setiap keunikan dan kecantikan haiwan-haiwan lautan, tersimpan rahsia dan fungsinya. Pernah tak anda mendengar orang berkata, semakin cantik hidupan laut itu, semakin ia berbahaya.

Lihat sahaja obor-obor yang kecil dan cantik, tapi mampu melumpuhkan manusia hanya dengan satu sengatan

Jadi, sebagai yang waras, jangan sesekali berani menyentuh hidupan laut terutamanya yang kecil dan cantik tanpa ilmu lautan di dada.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sengatan


Hidupan laut yang kelihatan seperti Pokemon.


Namun, lain ceritanya bagi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Julianobayd dari Australia apabila dia berkongsi satu video menunjukkan seekor hidupan laut dikenali sebagai siput laut naga biru (blue dragon sea slug). 

Menurut portal Independent.co.uk, pengguna TikTok tersebut sebenarnya tidak mengetahui hidupan laut yang disentuhnya itu adalah antara yang berbahaya kerana mempunyai sengatan berbisa.

Dalam video tersebut, menunjukkan individu terbabit menyentuh haiwan kecil berwarna biru terang yang sangat cantik. 

Pada mulanya dia menyangkakan haiwan cantik itu sebagai Pokemon, iaitu watak dalam permainan video yang dicipta oleh orang Jepun.




Tanpa fikir panjang, dia menyentuh haiwan tersebut. Malah kapsyen dalam video tersebut dia bertanya kepada orang ramai apakah haiwan yang dilihat dan disentuhnya itu.

Persoalannya itu dijawab oleh netizen dengan cemas kerana haiwan yang disentuhnya itu adalah siput laut naga biru yang sangat berbisa. 

Dek kerana itu, video yang dikongsikannya itu mendapat jumlah tontonan sebanyak hampir lebih 48 juta dan komen yang banyak.

"Itu naga biru, jangan disentuh," kata salah seorang netizen. Manakala seorang lagi menjelaskan biasanya semakin cantik maka semakin berbahaya haiwan itu.


Ramai netizen cemas melihat pemuda ini menyentuh haiwan berbisa.


Sungguh pun memiliki sengatan yang menyakitkan! pengarah Pusat Sains Marin Negara di Universiti Southern Cross Australia, Steve Smith, siput laut tersebut tidak selalu mengeluarkan sengatan.

"Haiwan itu selalunya jarang dilihat kerana saiznya yang kecil.  Tapi, kalau anda sering ke pantai, kemungkinan besar anda menjumpainya. Saya pernah memegangnya beberapa kali dan saya tidak pernah disengat," ujarnya.

"Mereka memang memiliki racun yang berbahaya, tapi bukan bermakna akan menggunakannya setiap masa," jelasnya.

Justeru, sekiranya anda berjalan-jalan di pesisiran pantai dan terjumpa hidupan laut yang kecil dan cantik, janganlah sesekali menyentuhnya. 

Paling penting, jaga tingkah-laku anak-anak anda agar tidak menyentuh sebarangan hidupan laut yang berada di pantai kerana sebagai anak kecil, mereka tidak mengetahui apa-apa. - KitaReporters


16
12
0
18
0
You will be interested