Seni & Sukan 10 Aug, 2020

Saya reda! Saya yang bersalah bukan bekas isteri - Opie Zami

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
"SAYA hormat dengan permintaan isteri (untuk bercerai) dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali. Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan." Itulah reaksi pelakon dan pengarah Opie Zami atau lebih dikenali sebagai Mat Rock. : KitaReporters 

Opie menyalahkan dirinya sebagai punca perceraian. - Kredit foto: IG opiezami


Lagi cerita-cerita berkaitan perceraian:

https://kitareporters.com/search?search=perceraian


Opie Zami  atau nama sebenarnya Mohd Saufi Zami, 46, mengaku gagal menjadi ketua keluarga sebagai punca perceraiannya dengan Zamzarina Mohamed, 43. Dia tidak menyalahkan bekas isterinya yang disifat sebagai wanita yang mempunyai peribadi mulia.

Opie membuat pengakuan ini ketika bertemu media sebaik selesai proses perceraian yang menamatkan perkahwinan selama 17 tahun.

Suasana dalam mahkamah bertukar hiba apabila pasangan itu menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cerai. Zamzarina yang berjubah hitam dilihat hanya tunduk ketika bersalaman dengan Opie yang berbaju-T putih serta berseluar jeans biru.

Opie melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 10.47 pagi Isnin, 10 Ogos 2020. Lafaz talak bagi memenuhi permintaan Zamzarina yang menuntut cerai.

Opie menunjuk tanda bagus selepas keluar dari mahkamah bagi kes perceraiannya


Hakim Syarie Ahmad Mahir yang mendengar lafaz cerai itu kemudian menyabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh idah selama tiga bulan, termasuk Opie perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

"Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali. Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya ketika ditemui  media di luar mahkamah.  

Opie memberitahu media bahawa perceraian itu adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga sejak 10 tahun lalu. Namun anak Allahyarham Zami Ismail ini enggan mendedahkan punca perceraian kerana tidak mahu memperburukkan kedua-dua pihak.

Zamzarina (tengah) berjalan keluar daripada pekarangan mahkamah sebaik sah diceraikan.


Opie dan Zamzarina tidak tinggal bersama sejak 3 Ogos 2020 lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan  dikurniakan tiga orang anak lelaki, Ammar Shah Saidi,15; Aliff Shah Syedi,13; dan Arrif Shah Saidi, 8. Hak penjagaan anak-anak diberi kepada Zamzarina.

Zamzarina selaku plaintif memfailkan perceraian kepada Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac 2020 lalu.

Zamzarina  diwakili peguam, Azmanira Ismail @ Zanudin. Dalam kenyataan kepada media dia memberitahu masalah rumah tangga mereka sudah berlangsung sejak 10 tahun lalu iaitu sejak kehadiran anak bongsunya dan sudah tiga kali berurusan dengan mahkamah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Opie, yang lebih dikenali sebagai Mat Rock melalui drama komedi situasi ‘Spanar Jaya’ dengan perangai ‘gila-gilanya, kini lebih tertumpu mengarah drama dan filem. - KitaReporters

3
4
4
2
0
You will be interested