Seni & Sukan 12 Aug, 2020

Aidil tak izinkan! Fasha terkejut baby Aisha ada Instagram!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

MASIH belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz yang selamat melahirkan anak ketiga pada Jumaat 7 Ogos 2020 baru-baru ini. Bayi perempuan yang diberi nama Aisha Amaira binti Mohd Aidil yang membawa maksud, ‘bahagia dan cantik selamanya’ merupakan anak pertama hasil perkahwinan Fasha dan Aidil. : KitaReporters


Aisha Amaira membawa maksud bahagia dan cantik selamanya.


Lagi cerita-cerita berkaitan Fasha Sandha:

https://kitareporters.com/search?search=fasha+sandha


Bak kata orang, kelahiran cahaya mata adalah rezeki buat ibu bapa. Begitulah yang terjadi kepada Fasha apabila pengikutnya dalam Instagram (IG) meningkat menjadi lima juta pengikut sebaik sahaja Aisha dilahirkan.

“Assalamualaikum, pengikut ibu naik ke 5 juta hari Aisha dilahirkan. Ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha. Alhamdulillah, terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik-baik untuk ibu saya sejak dulu lagi.

“Nama saya, Aisha Amaira binti Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya,” tulisnya tanda syukur.


Namun, apa yang membuatkan Fasha terkejut anaknya yang baru lahir itu turut terkena tempias apabila wujudnya akaun-akaun Instagram menggunakan nama bayinya atau lebih tepat mengambil kesempatan.

Justeru, Fasha tampil menjelaskan situasi sebenar agar peminat-peminat tidak terpedaya dan keliru.

Dakwa Fasha, dia dan suami tidak pernah membuka akaun media sosial terutama Instagram untuk anaknya itu. Malah, Aidil tidak benarkan Fasha berbuat demikian.

“Assalamualaikum kesayangan ibu! Aisha baru lepas mandi dan wangi! Aisha takde IG tau. Aisha terkejut ramai buatkan IG untuk Aisha. Ibu tak buat IG untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.

“Jadi, gambar #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha semua dalam IG ibu je tau,” jelas Fasha.


Sementara itu, rata-rata peminat teruja dengan ahli baru dalam keluarga Fasha. Ramai yang turut gembira dengan kelahiran Aisha yang sangat comel.

Pesanan untuk individu yang menggunakan nama dan gambar Aisha untuk meraih pengikut di IG, hentikanlah perbuatan tersebut kerana ia tidak bermoral! - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested