Seni & Sukan 14 Nov, 2021

Sayangilah ibu bapa kita, warga emas kita! UUM bantu urus Pusat Jagaan Warga Emas Kubang Pasu!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

Prof Dr Haim Hilman Abdullah bersama ahli jawatankuasa Pewaris.


Oleh: Samsudin Oli Mohamed

Gambar: Shamsaimi Ezil


UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) bersedia berkerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris) dalam menyantuni warga emas di Daerah Kubang Pasu.

“UUM dalam konteks ini bersedia menawarkan diri untuk membantu pusat jagaan warga emas bukan sahaja di daerah ini malah terbuka kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan yang ingin memanfaatkan kepakaran yang ada dalam kalangan pensyarah, staf dan juga pelajar UUM,” kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim Hilman Abdullah ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Pengurusan Warga Emas Abad 21 di Dewan Hotel Bustani, Jitra, Kedah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga emas


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Pengarah Program Seminar Pengurusan dan Pembangunan Warga Emas Abad ke 21 Mohd Yusnaidi Md Sabri.


Katanya, UUM melihat kerjasama bijak dari pelbagai perspektif sesama agensi berkaitaj pastinya dapat membantu warga emas yang memerlukan pembelaan.

Prof Dr Haim Hilman menambah kita berasa hiba dan sayu apabila ada warga emas ditinggalkan anak-anak dan keluarga apabila lanjut usia.


Antara peserta seminar yang hadir.


“Ingatlah bahawasanya setiap ibu dan bapa amat menyayangi anak-anak mereka. Oleh itu, gembirakanlah hati mereka semua. Janganlah biarkan ada antara mereka tersisih ketika berada di penghujung usia,” katanya dalam nada sebak.

Oleh itu beliau berharap supaya semua pihak bersama-sama membantu dan mengembirakan warga emas ini.


Pengerusi Pewaris Dr Mohamad Zulkurnai Ghazali menyampaikan ucapan aluannya.


Sementara itu Pengerusi Pewaris Dr Mohamad Zulkurnai Ghazali berkata penganjuran seminar ini walaupun terpaksa dikecilkan penyertaannya kerana kapasiti yang terhad namun bilangan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pusat penjagaan warga emas dan NGO mendapat kejasama yang amat baik.

Katanya seminar ini juga diharap dapat merealisasikan hasrat Pewaris yang ditubuhkan untuk menyedari, menginsafi dan menerapkan nilai kasih sayang, hormat menghormati, rasa tanggungjawab serta berusaha mememahami permasalahan warga emas dalam kalangan masyarakat khususnya seorang anak kepada ibu bapa yang harus diterjemahkan secara sepenuhnya.


Antara peserta yang menghadiri seminar itu.


Pewaris ditubuhkan pada Februari 2021 dengan tujuan untuk membantu khususnya ibu tunggal, ibu yang bersendirian dan ak ada waris.

“Memandangkan di Kubang Pasu tidak mempunyai pusat jagaan warga emas ketika ini maka jawatankuasa Pewaris telah mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat swasta dan mereka bersetuju untuk memulakan pembinaannya pada penghunjung tahun (2021) ini dan dijangka beroperasi pada awal 2022 nanti,” kata Dr Mohamad Zulkurnai lagi. - KitaReporters


Ahli Jawatankuasa meninjau kawasan tanah untuk pembinaan rumah warga emas.

10
10
0
12
0
You will be interested