Gaya Hidup 12 Jul, 2022

Video| Syukur! Ayu Ting Ting korban 3 ekor lembu sado! Tapi kenapa melapah pakai seluar pendek?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ayu sekeluarga berpakaian sedondon menunaikan solat Aidiladha. - Kredit foto: IG ayutingting92

Ramai insan seni di Indonesia terkesan akibat pandemik Covid-19, namun pedangdut (penyanyi dangdut) terkenal Ayu Ting Ting, 30, adalah antara sejumlah kecil insan seni yang tidak terkesan.  

Walaupun kegiatan pentasnya agak berkurangan, namun Ayu Ting Ting masih menerima bayaran tinggi untuk muncul dalam beberapa program TV. Antaranya sebagai hos bersama Brownis di Trans TV lima kali seminggu.

Di samping itu Ayu juga mempunyai beberapa perniagaan yang memberi pendapatan tambahan baginya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Ayu Ting Ting

Ayu bergambar kenangan dengan salah satu lembu korbannya. - Kredit foto: IG ayutingting92

Umum mengetahui bahawa Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina adalah penanggung keluarganya yang menetap di Depok, Jawa Barat iaitu di pinggir Jakarta.

Ayu Ting Ting yang merupakan janda beranak satu memang sejak bergelar artis melakukan ibadah qurban setiap tahun dengan tiga ekor lembu .

Namun bagi Hari Raya Korban tahun 2022 ini sesuai dengan peningkatan pendapatannya, Ayu berkorban dengan tiga ekor lembu sado atau istilahnya ‘jumbo’ di Indonesia


Ayu Ting Ting dan adiknya Syifa berseluar pendek melapah daging korban. - Kredit foto: IG ayutingting92

Pada Jumaat, 8 Julai 2022 lalu selepas program Brownis di Trans TV, Ayu dan anggota keluarganya mencari lembu-lembu sado untuk dikorban.

Dan pada pagi Ahad, 10 Julai 2022, Ayu yang genap berusia 30 tahun pada 20 Jun 2022 dan keluarga memakai pakaian seragam untuk sembahyang di masjid.

Selepas solat Aidiladha, Ayu sekeluarga bersiap-siap untuk menjalankan ibadah korban dengan dua ekor dikorban pada Ahad dan seekor lagi pada Isnin.

Bagi ketiga-tiga lembu korban ini Ayu turut menamakan bahagian korban kepada ayahnya Abdul Rozak; emaknya Umi Kalsum; adiknya, Assy Nurain (Syifa); dan anaknya Bilqis Khuzaimah.  


Ayu bersama petugas melapah daging korban. - Kredit foto: IG ayutingting92

Kawasan perumahan Ayu dan keluarga dihadiri sejumlah jiran termasuk sanak saudaranya. 

Ayu menyediakan pakaian kemeja-T khusus untuk pekerja memotong dan melapah daging korban untuk diserah kepada anggota keluarga, jiran dan masyarakat di daerah Depok.

Acara korban Ayu dimuat dalam Instagramnya dan dalam saluran YouTubenya Qiss You TV.

Walaupun perbuatan berkorban tiga lembu sado dipuji peminatnya, namun tidak kurang yang mengkritik cara Ayu Ting Ting dan adiknya berpakaian ketika melakukan kerja melapah daging korban.

Walaupun kebanyakan pekerja lelaki dan wanita berpakaian seluar penjang, namun Ayu dan adiknya Syifa yang beranak kecil lebih selesa berseluar pendek.

Ketika melakukan kerja melapah Ayu seperti tidak sopan berpakaian sedemikian. Tambahan pula Ayu baru beberapa hari pulang mengerjakan umrah.

Selain dapat dilihat dalam laman Instagram dan saluran YouTubenya iaitu Qiss You TV, perbuatan Ayu dan adiknya dapat dilihat jelas oleh hadirin yang datang ke majlis itu.

Terdapat sejumlahnya yang bercakap sesama mereka melihat dua beradik melakukan ibadah korban secara kurang sopan. - KItaReporters


9
8
0
9
0
You will be interested