BETUL ke apa yang dibicarakan oleh segelintir peminat Malaysia bahawa Harimau Malaya ini tiada bakat muda atau 'ubi' terbaik pada Liga Malaysia? Macam-macam pendapat boleh kita lihat dan sudah pasti setiap dari kita ada pemain pilihan kita.
Untuk kali ini, penulis senarai tiga pemain yang dilihat mempunyai potensi untuk menyerlah pada masa hadapan jika tidak salah pilih laluan. Siapakah pemain itu?
Okey baik, antara 3 pemain pemain tersebut adalah Luqman Hakim Samsudin, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Hakimi Abdullah. Sebenarnya banyak lagi pemain yang boleh disenaraikan tetapi penulis senaraikan dahulu tiga pemain yang ketika ini mempamerkan prestasi yang terbaik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak
Kredit IG amn_studiomsl
1. LUQMAN HAKIM SAMSUDIN
Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah pasti kesemua peminat sejati Harimau Malaya kenal siapa pemain ini. Ehh ada yang tidak kenal? Ok tak apa jom baca sedikit info mengenai pemain ini dan moga-moga anda akan kenal siapa pemain ini.
Yang belum tahu, ketika ini Luqman Hakim bersama kelab Koninklijke Voetbalclub Kortrijk (KV Kortrijk) yang
merupakan kelab dari Belgium dan ketika ini mereka bermain pada liga utama negara tersebut. Tahun ini adalah musim kedua beliau bersama kelab ini dan kita harapkan beliau mampu bertahan lebih lama kerana pemain Malaysia sebelum ini pergi akan pulang awal. Anda kenal siapa kan.
Sebelum itu, anda sudah lihat video yang penulis kongsikan itu? Ok apa komen anda? Ya, betul penulis setuju bahawa pemain ini memang bagus biarpun bertubuh kecil jika dibandingkan dengan pasukan yang beliau wakili ketika ini.
Biarpun minit bermain bersama skuad utama KV Kortrijik kurang namun pujian perlu diberikan juga kepada beliau kerana setiap peluang yang diberikan, Luqman memberi aksi yang terbaik termasuk perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Bekas pemain Akademik Mokhtar Dahari (AMD) ini pernah memenangi anugerah penjaring terbanyak kejohanan bawah 16 (B-16) tahun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ketika sesi kelayakan Piala Duni B-17 yang diadakan di Malaysia.
Bagi penulis, pemain berusia 19 tahun ini mempunyai potensi besar untuk menyerlah dan menjadi penyerang utama skuad kebangsaan nanti. Untuk peminat, kita sudah pasti ingin melihat penampilan bersama kelabnya untuk musim kedua nanti lebih banyak minit bermain.
2. ARIF AIMAN MOHD HANAPI
Pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) ini berjaya mencuri perhatian peminat apabila memberi aksi yang memukau ketika bersama skuad kebangsaan biarpun kali pertama menyertai skuad senior. Jika dilihat aksi beliau ketika kelayakan Piala Asia/Piala Dunia yang diadakan di Dubai, UAE baru-baru ini, pilihan Tan Cheng Hoe ternyata menang tepat.
Pemain muda yang berusia 19 tahun ini yang bermain di posisi sayap sebenarnya telah menunjukkan prestasi yang meyakinkan ketika bersama JDT dalam saingan liga Malaysia. Malah beliau juga sering menjadi pilihan utama untuk diturunkan bersama JDT dan telah menjaringkan 2 gol setakat ini selain mencipta beberapa peluang untuk rakan sepasukan.
Ketika JDT turun dalam perlawananan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus, Arif Aiman juga diturunkan selaku pemain utama. Pengalaman sebegini sudah pasti akan mendewasakan lagi permainan beliau selepas ini.
Dengan usia masih muda dan berjaya berada dalam skuad utama JDT malah berjaya menjaringkan gol, itu merupakan satu pencapaian terbaik setakat ini.
Harap Arif Aiman dapat konisten dalam permainan kerana kita boleh lihat banyak pemain muda yang awalnya ok tapi selepas itu mula malap dan ada yang hilang dari radar.
Penulia berharap Arif Aiman ini akan terus berjaya dan yang penting kekalkan prestasi untuk bertahan lama. Jika ada peluang berhijrah ke luar negara, berhijrah untuk mencari pengalaman lebih luas di sana.
3. Mohamad Hakimi Abdullah
Pemain terakhir pilihan penulis adalah pemain muda dari Skuad Terengganu I, iaitu Mohamad Hakimi Abdullah. Mungkin pemain ini kurang popular tetapi kita perlu melihat bahawa pemain ini mampu menyerlah pada masa akan datang. Jika terus berada pada prestasi terbaiklah. Kalau tidak hilang juga dari radar.
Jika dilihat daripada statistik yang direkodkan, Hakimi Abdullah mencatat 7 penampilan sebagai pemain utama manakala 4 kali menjadi "super sub". Daripada penampilan ini, beliau berjaya menjaringkan 4 gol.
Satu pencapaian yang boleh dibanggakan malah pemain ini juga dijangkakan oleh peminat bahawa akan berada dalam skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala Asia/Piala Dunia.
Namun begitu, mungkin bukan rezeki pemain berusia 21 tahun ini lagi untuk membuktikan permainan bersama skuad kebangsaan. Prestasi beliau musim ini sangat cemerlang malah sering membantu Terengganu I mencatat keputusan positif termasuk meleburkan rekod tanpa kalah JDT.
Bermain di posisi midfield, beliau sering membantu bahagian serangan Terengganu I dan beri aksi terbaik biarpun masuk sebagai pemain gantian. Malah penyokong Terengganu sendiri menaruh harapan pemain muda ini akan menjadi pemain penting dalam skuad Sang Penyu nanti.
Tidak hairanlah kalau penyokong Terengganu cukup marah pemain ini tidak terpilih dalam skuad krbangsaan.
Buat Hakimi Abdullah, moga terus tingkatkan prestasi dan terus berusaha mempamerkan prestasi terbaik. Buktikan bahawa pengurusan skuad kebangsaan lakukan kesilapan kerana tidak memilih anda.
Berbaki saingn Liga Super tahun ini, Terengganu I antara pencabar utama liga dan jika prestasi Hakimi Abdullah tetap berada di prestasi terbaik, penulis yakin nama beliau pasti akan berada dalam skuad kebangsaan dalam saingan AFF Suzuki Cup hujung tahun ini atau paling kurang akan terpilih untuk saingan sukan SEA di Vietnam nanti. - KitaReporters