Seni & Sukan 10 Apr, 2021

Video| Kajol Malaysia! Wajah Mek Niessa Klate iras heroin Bollywood! Kembar Kajol pakai tudung

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


MUNGKIN benar kata-kata bahawa dalam dunia ini ada tujuh individu punyai wajah seiras. Jika Tiktokers, Rahul Junior berasal dari Aceh dikatakan kembar Shah Rukh Khan, kembar Ratu Bollywood iaitu Kajol pula berada di Malaysia.

Melalui perkongsian dalam aplikasi TikTok, wajah seorang wanita dikenali sebagai Mek Niessa sering disamakan dengan Kajol terutama di bahagian kening sehinggakan digelar warganet sebagai Kajol Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kajol


Kredit foto: TikTok @ igkhairunnisanorliyana10 


Berasal dari Kelantan, Mek Niessa yang turut menawarkan perkhidmatan ‘paid review’ produk ini kian mendapat perhatian nitezen dan sehingga kini akaun Tiktoknya mempunyai 63,000 pengikut.

Kajol Malaysia ini juga merupakan peminat dunia Bollywood apabila sering memuat naik video parodi Hindustan terutama filem-filem hebat lakonan Kajol bersama Shah Rukh Khan seperti Kuch-Kuch Hota Hai, Bazigaar dan Dilwale Dulhania Le Jayenge.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui wajah Mek Nieesa tetap mirip dengan Kajol meskipun tanpa mekap dan setelah ditatarias wajahnya kelihatan saling tak tumpah seperti ratu Bollywood tersebut.

Tidak ketinggalan juga, ada yang merasa terkejut sehingga hampir terpedaya menyangka itu Kajol sebenar.

Malah, ada yang turut menggelarkannya Kajol versi Melayu dan Muslimah kerana berhijab selain berseloroh mengatakan Mek Nieesa adalah Kajal, kembar Kajol yang 'pakai tudung' dan terpisah suatu ketika dahulu.


Antara komen-komen nitizen dalam TikTok 




“Terkejut oii…sangka Kajol pakai tudung. Sebijikkk”, tulis Lady Of Dream.

“Macam tengok Kajol pakai tudung”, ujar Noona Maz.

“Aku ingat Kajol betul pakai tudung,” kata Avriel Beach.

“Rasa macam tengok Kajol pakai tudung,” tulis Lizadarwisy87.

'Kajol vs Kajal' 



Sementara itu, menjengah ke akaun TikTok Rahul Junior iaitu @rahuljunior1213, pula gemar membuat naik video parodi filem lakonan Raja Bollywood iaitu Shah Rukh Khan terutama meniru adegan tarian. 

Jika terhasilnya video duet TikTok antara kembar Kajol dan Shah Rukh Khan suatu hari nanti ini, mesti gempar! Anjali vs Rahul! Kuch-kuch Hota Hai. - KitaReporters



Lelaki dari Aceh yang dikenali sebagai Rahul Junior Aceh digelar kembar Shah Rukh Khan. - Kredit foto: FB Rahul Acheh 

19
7
5
5
4
You will be interested