Seni & Sukan 04 Jun, 2020

Solekan ala syaitan! Lathi Challenge haram! Langgar syarak!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

ORANG-ORANG kita ni apa-apa sahaja yang menjadi trend dalam media sosial, pasti akan mengikutinya tanpa menyelidik terlebih dahulu sama ada ia dibenarkan syarak atau sebaliknya. Kini sedang tular dalam laman sosial, Lathi Challenge yang mencuri perhatian netizen terutama pada aksi pelakunya. : KitaReporters


Lathi Challenge memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.

Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.

Namun timbul tanda tanya adakah cabaran tersebut ada unsur-unsur pemujaan kerana liriknya dalam bahasa Jawa.

Menjawab persoalan orang ramai, seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya orang Jawa, menjelaskan lirik tersebut tiada unsur-unsur pemujaan.

“Saya orang Jawa dan saya nak jelaskan perkara ini. Chorus “kowe ra iso mlayu saka kesalahan. ajining diri ana ing lathi” sebenarnya bermaksud ”kau tidak boleh lari dari kesalahan. harga diri terletak pada bicaraannya,” tulisnya.

Wanita ini mendakwa lirik dalam Lathi Challenge tiada unsur pemujaan.


Berlainan pula kenyataan daripada Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al Yahya yang menganggap Lathi Challenge sebagai haram!

PU Syed menerusi laman Instagramnya, menjelaskan cabaran yang kini menjadi ikutan masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam, adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.

“Kecoh apabila ambe (saya) nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.

“'Barang siapa yang merintis satu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya.

“Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya. ( HR Imam Muslim),” tulisnya.


PU Syed juga menegaskan, cabaran itu jelas memaparkan solekan ala-ala syaitan yang tidak perlu diikuti.

Jelasnya, hukum agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi nas.

“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan? 

"Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.

“Semalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ia diasas oleh orang Indonesia dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak,” tegasnya.


Kadang-kadang dek kerana ghairah mahu mengikut trend, kita sering terlepas pandang atau sengaja tidak mengendahkan larangan agama.

Diharapkan penjelasan PU Syed dapat menghalang mana-mana individu yang masih mahu meneruskan cabaran ini. 

Semoga kita dilindungi Allah SWT daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan dilarang agama. - KitaReporters

1
5
2
0
1
You will be interested