Seni & Sukan 23 May, 2020

Wajah Vivy Yusof pada muka depan majalah Tatler Hong Kong!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

PENGASAS bersama FashionValet dan pengasas jenama dUCk, Datin Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof berkongsi berita gembira dalam laman sosial berkenaan wajahnya yang terpampang pada majalah terkenal dari Hong Kong, Tatler Hong Kong untuk keluaran isu Mei 2020. : KitaReporters


Penerima anugerah Usahawan Muda daripada gala The Queen of Malaysia at Tribute to Women Malaysia pada tahun 2016 ini melahirkan rasa terkejutnya kerana tidak terfikir untuk sampai sejauh itu.

Menurut Vivy, berita itu merupakan satu kejutan besar untuknya apatah lagi sebagai wanita Muslim yang berhijab.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya akan berada di muka depan majalah di Hong Kong. Terutama sebagai wanita berhijab. 

"Ia adalah perkara besar bagi saya secara peribadi. 

"Terima kasih @tatlerhongkong kerana mengenali orang Malaysia ini dan terima kasih kepada pengikut yang DM untuk memberitahu saya!” tulisnya.

Menggunakan tajuk ‘Heroes’ atau ‘Wira-Wira’, selain Vivy turut terpampang wajah-wajah personaliti lain yang berpengaruh besar dalam bidang perniagaan.

Menurut majalah tersebut, wira-wira ini bukan sahaja ahli perniagaan berjaya, tetapi turut membantu barisan hadapan dalam memerangi pendemik COVID-19 dengan pelbagai sumbangan.


Sebelum ini, Vivy telah mendermakan sebanyak 1,700 helai tudung daripada koleksi jenamanya kepada barisan petugas hadapan yang berhijab setelah menerima banyak mesej daripada orang ramai berhubung keperluan tudung dalam melaksanakan tugasan mereka.


Walaupun Vivy pernah menerima kecaman netizen apabila pandangannya untuk memperjuangkan nasib golongan usahawan industri kecil sederhana disalah erti dan terbaharu isu ciplak ciptaan tudung, namun tidak menghalangnya untuk terus berbakti.

Malah, ibu kepada tiga orang anak ini sering mengharumkan nama Malaysia dan wanita berhijab di mata dunia dengan pelbagai anugerah yang diterima.

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. 

Namun jangan kerana kesilapan kecil yang dilakukannya, kita terus melupakan sumbangan besarnya. Ambil kejayaannya sebagai inspirasi. Tak rugipun! - KitaReporters

0
1
0
1
1
You will be interested