PENGGIAT seni dalam industri filem, TV dan dokumentari/pengiklanan mendapat hadiah hari raya apabila kerajaan membenarkan pengambaran bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti. Penggambaran mesti tidak melebihi 8 orang pada sesuatu masa dan adegan sentuhan fizikal tidak dibenarkan. Namun larangan masih dikenakan terhadap persembahan nyanyian dan teater berpenonton. : KitaReporters
Salah satu cara perjalanan penggambaran dijalankan. - Kredit foto: Facebook
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian di Putrajaya Rabu, 20 Mei 2020.
Namun bagi melakukan pengggambaran pihak produksi perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ketat.
SOP itu ialah:
- Melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dalam talian.
- Mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh 4 minggu sebelum penggambaran.
- Penggambaran tidak boleh melebihi 8 orang pada sesuatu masa dan adegan sentuhan fizikal tidak dibenarkan.
- Melantik seorang penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi.# Perkhidmatan buffet makanan bagi petugas dan artis tidak dibenarkan. Makanan perlu dihidangkan secara pek individu.
- Jurusolek dan penata rias perlu menggunakan penutup wajah (face shield), dan mencuci tangan sebelum dan selepas menyolek dan menata rias setiap artis.
Sebelum ini, tiga persatuan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar kerja pengambaran boleh dijalankan semula bermula pada 1 Jun 2020.
Sebenar berita gembira untuk pengiat filem, TV dan dokumentari/ pengiklanan itu telahpun didedahkan awal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam episod siaran langsung Facebook Duduk Rumah Harith Iskander bertajuk 'Masa Depan Siaran Langsung Hiburan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat' (The Future of Live Entertaiment Post CMCO), pada Selasa, 19 Mei 2020.
Saifudin menjadi tetamu utama dalam program mingguan itu dan perbualan telah dilakukan dalam Bahasa Inggeris. - KitaReporters
Tags: