Seni & Sukan 26 May, 2020

Polis Terengganu tubuh 33 petugas khas raya! Buat pemantauan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

"NAK beraya boleh, tapi tidak lebih daripada 20 orang dan jangan duduk lama-lama di rumah, jika tidak tindakan akan diambil,” itu pesanan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik kepada penduduk negeri ini. Untuk memastikan peraturan itu dipatuhi, polis Terengganu menubuhkan 33 pasukan petugas khas untuk membuat pemantauan di seluruh negeri ini. : KitaReporters

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik memantau pergerakan kenderan di SJR Padang Luas, Jertih, Terengganu


Katanya, ini kerana pihak polis negeri ini sentiasa memantau di kawasan perumahan dan kampung bagi mempastikan masyarakat mematuhi SOP berhari raya dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PPKB) yang sedang berjalan sekarang.

Selain itu, katanya, orang ramai juga dinasihatkan jangan berkumpul di tempat awam terutama di kawasan riadah dan pusat pelancongan sempena sambutan Aidilfitri.

Roslee berkata, polis Terengganu menubuhkan 33 pasukan petugas khas untuk membuat pemantauan di seluruh negeri ini.

Katanya, pada hari raya pertama Ahad, 24 Mei 2020 pihak berkenaan sudah membuat pemeriksaan membabitkan 32 kampung dan 21 taman perumahan seluruh negeri.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik 


“Menerusi pemeriksaan itu, 42 keluarga telah diperiksa dan 10 daripada mereka diberi amaran kerana melanggar SOP PKPB pada musim perayaan," katanya kepada media selepas melawat Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Padang Luas, di Jertih, pada Isnin, 25 Mei 2020.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Mohammad.

Roslee sempat bertanyakan sesuatu kepada salam seorang pemandu yang melalui SJR di Padang Luas, Jertih


Mengenai aktiviti di SJR, beliau berkata pada Ahad, 24 Mei 2020, polis menahan empat individu membabitkan dua di Kemaman, dan masing-masing satu di Besut serta Hulu Terengganu kerana tidak mematuhi arahan perjalanan merentas sempadan.

Mengenai tinjuan di SJR pada hari kedua Aidilfitri. 25 Mei 2020, beliau puas hati dengan pematuhan rakyat Terengganu kerana tidak ramai yang bergerak di jalan raya menyebabkan jumlah kenderaan berkurangan.

Sebahagian besar pemandu kenderaan yang diperiksa melalui jalan utama Jertih-Kota Bharu, Kelantan didapati mempunyai surat dan permit polis


Sebagai contoh, katanya jumlah kenderaan di laluan utama Jertih ke Kota Baru, Kelantan, pada kebiasaannya beribu-ribu kenderaan berada di jalan raya, tetapi dalam tempoh PKPB ini ia amat berkurangan dan lengang.

“Pemeriksaan yang dibuat terhadap pemandu yang melalui sekatan terbabit juga mendapati sebahagian besar mereka mempunyai surat kebanaran dan permit yang dikeluarkan pihak polis,” katanya. - KitaReporters

8
1
1
0
2
You will be interested