RAMAI antara kita yang sedang berkuarantin di rumah sekarang melakukan pelbagai aktiviti bagi mengisi kebosanan hidup ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Lebih-lebih lagi jika anda membuka media sosial seperti Facebook dan Instagram, ramai netizen di Malaysia seronok mencuba resipi baru dan serlahkan skill mereka. : KitaReporters
Ramai dalam kalangan anda dalam tempoh kuarantin lebih 10 hari ini lebih tertumpu kepada makanan dan pencuci mulut.
Tak salah untuk resipi yang tular ini, tetapi jangan lupa untuk lakukan senaman ringan di rumah pada tempoh kuarantin agar anda kekal sihat bersama ahli keluarga tercinta.
Selain daripada menonton pelbagai rancangan apa kata anda bersenam. Kesihatan juga perlu dijaga.
Di sini kami kongsikan beberapa senaman yang boleh dilakukan di rumah bersama keluarga dalam 15 minit sahaja.
1. Berjalan
Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman.
Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di dalam rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.
2. Lompat katak
Melompat seperti katak amat mudah dan lakukannya dalam kiraan 10 saat. Pada masa sama, cuba melompat ke belakang.
Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.
3. Tekan tubi
Ini mungkin langkah yang agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi.
Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding.
Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.
4. Naikkan kaki
Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki.
Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil.
5. Lari setempat
Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati.
Anda boleh melakukannya sambil menonton rancangan kegemaran anda atau mendengar muzik di rumah.
6. Squat
Latihan ini baik untuk kaki dan punggung.
Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.
7. Tarian rancak
Menari, senaman yang sangat indah kerana ia juga bagus untuk kesihatan hati.
Selain untuk kesihatan, menari juga boleh menaikkan semangat serta menggembirakan anda sekeluarga.
Maka, dengan melakukan senaman ringan seperti ini, kehidupan anda dan keluarga akan sentiasa gembira dan pastinya sihat.
Tunggu apa lagi, petang ini bersenamlah bersama ahli keluarga, ya. - KitaReporters