Seni & Sukan 28 Jul, 2020

Dah dekat dah! Penasihat keselamatan Trump positif Covid-19!

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

“WHITE House mengesahkan Robert O'Brien, 54, Penasihat Keselamatan Nasional kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang telah melakukan ujian saringan Koronavirus-2019 (Covid-19) selepas pulang bercuti disahkan positif virus tersebut. Memetik laporan yang disiarkan oleh Bloomberg, O’Brien yang merupakan pegawai tertinggi dalam pentadbiran Trump itu telah mula melakukan pengasingan diri (kuarantin). : KitaReporters

Robert O'Brien (kanan) merupakan pegawai tertinggi yang sentiasa mengiringi Donald Trump untuk lawatan rasmi. - Kredit foto: Bloomberg


Lagi cerita-cerita dari Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/tag/Amerika%20Syarikat


O'Brien didakwa terkena virus itu semasa pergi bercuti selama seminggu dan menghabiskan masa bersama keluarganya.

Menurut Bloomberg, dia diketahui hanya mempunyai gejala ringan, namun tidak ada risiko untuk menjangkiti Trump dan Timbalan Presiden, Mike Pence.

Robert O'Brien. - Kredit foto: Bloomberg


"Dia hanya mempunyai gejala ringan dan telah mengasingkan diri (mengkuarantin diri). 

"Sejak didiagnosis dia hanya bekerja dari lokasi yang difikir selamat dan masih menjalankan tugasnya seperti biasa secara dalam talian.

“Pegawai perubatan mengesahkan tidak ada risiko untuk terdedah kepada presiden atau naib presiden. 

"Sebilangan kakitangan juga ada mengatakan bahawa mereka hanya mengetahui mengenai kes jangkitan pada Isnin, 27 Julai 2020 daripada pihak media." kata laporan tersebut.

O'Brien diuji setiap hari untuk Covid-19. - Kredit foto: Reuters


Dalam pada itu, tiada sebarang penjelasan terperinci memandangkan dikhabarkan O’Brien dan Trump ada bertemu buat kali terakhir sebelum disahkan positif. 

"O'Brien pada mulanya diuji negatif sebelum mendapat keputusan positif, namun dia tidak bertemu presiden sejak sebelum bercuti.

"Trump juga ada mengesahkan beliau langsung tidak melihat O'Brien sejak akhir-akhir ini," menurut laporan.

Sementara itu, Bloomberg turut melaporkan bahawa sesiapa yang berada berhampiran atau mempunyai urusan bersama presiden akan diuji secara berkala untuk mengesahkan sama ada terkena jangkitan Covid-19.

“Mereka yang diuji termasuk Mike Pence dan Katie Miller (wakil presiden), serta anggota tentera yang bekerja sebagai petugas di Rumah Putih dan beberapa anggota skuadron helikopter Marin,” lapor sumber berkenaan. - KitaReporters

 

0
0
0
0
0
You will be interested