SELEPAS 10 hari menjadi penghuni di Hospital Navati Mumbai, aktres jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuan tunggal, Aaradha dibenarkan keluar hospital. Perkara demikian dimaklumkan oleh suami pelakon jelita berkenaan yang juga actor kacak, Abhishek Bachchan menerusi Twitter miliknya. Manakala Abhishek dan bapanya Amitabh Bachchan, masih di bawah pemantauan pihak hospital. : KitaReporters
DIBENARKAN PULANG... Aishwarya Rai dan anak perempuan tunggalnya Aaradhya dibenarkan keluar hospital selepas 10 hari menjadi penghuni di Hospital Navati Mumbai.
“Aishwarya dan Aaradhya telah dibenarkan keluar hospital dan mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Manakala saya dan bapa masih ditahan di hospital dan dirawat secara sempurna oleh pihak hospital,” katanya.
Memetik laporan Hindustan Times, pada 18 Julai 2020 lalu, Aishwarya dan anaknya dikejarkan ke hospital selepas sukar bernafas dan ditahan di hospital berkenaan.
Seminggu sebelum itu, 11 Julai 2020 lalu, Abhishek bersamanya bapanya, Amitabh Bachchan telah disahkan positif dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua beranak itu memaklumkan mereka dijangkiti
koronavirus dengan gejala ringan.
DUA beranak, Amitabh dan Abhishek Bachchan ditahan di Hospital Navati Mumbai selepas dijangkiti COVID-19 dengan gejala ringan.
Setelah dilakukan ujian terhadap keluarga, Aishwarya dan anaknya Aaradhya turut positif Covid-19.
Manakala anggota keluarga yang lain termasuk Jaya
Bachchan, Navya Naveli, Agastya dan Shweta Bachchan Nanda dan 26 pekerja
dilaporkan negatif. - KitaReporters