BAG bintang dangdut Mas Idayu, 50, Syawal tahun 2022 ini paling bermakna dalam kehidupannya.
Sufian dilaporkan membawa rombongan anggota keluarganya dari Pulau Pinang untuk bertemu anggota keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor bagi memberi ‘tanda’ baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mas Idayu
Mas Idayu memuatkan sejumlah foto dan klip video acara pertemuan itu dalam Instagramnya.
Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, ketika majlis berlangsung, dia berada dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar. Dia hanya melihat rakaman video secara langsung yang dirakam adiknya.
Dalam tempoh sudah diikat, Mas Idayu cuba memastikan segala-galanya berjalan lancar termasuk ‘pergaduhan kecil’ cuba dielak.
Tambah Mas Idayu, tarikh perkahwinan sudah ada dan menunggu masa sesuai untuk dikongsi.
Katanya, majlis itu akan diadakan sehari. Pada sebelah pagi majlis akad, sementara majlis bersanding dan resepsi pada sebelah malamnya. Mas Idayu juga merancang hendak khatam al-Quran pada majlis itu.
Cenderahati istimewa untuk 600 jemputan adalah produk kecantikan Twenty Skincare milik Mas Idayu sendiri. Penyanyi itu berharap ada pihak yang dapat menaja cenderahati lain.
Perkahwinan pertama Mas Idayu dengan Aman Graseka pada 1997 hingga 2006 memperoleh cahayamata Nur Dayini Ashiqah yang sudah hampir berusia 25 tahun.
Bibit percintaan dengan Sufian mula berputik apabila kedua-duanya teriibat dalam program ‘Lagu Cinta Kita’ musim 3 (LCK 3) akhir Disember 2021 di mana Mas Idayu sebagai juri tetap dan Sufian sebagai penerbit eksekutif. Dan si anak gadis membantu merapatkan hubungan kedua-duanya.