Seni & Sukan 19 Feb, 2022

Video| Balu Abam Bocey sedekah buah kepada surau! Dayah menang saman! Ali Puteh pula fail rayuan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Hidayah (kiri) dan Ali Puteh ketika hadir di mahkamah 


JUMAAT, 18 Februari 2022 merupakan hari yang menggembirakan bagi balu Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali,  31, apabila menang kes saman fitnah dan menjadi hari mendukacitakan bagi pelawak Ali Puteh apabila kalah dan terpaksa membayar sebanyak RM60,000.  

Nor Hidayah, lebih mesra dipanggil Dayah, dalam postingan dalam Instagramnya, melahirkan rasa syukur setelah kes itu berakhir dan berpihak kepadanya.



“Alhamdulillah syukur pada Allah kes saman Hakim putuskan kemenangan kepadaku Hidayah Hamzah syukur pada Allah.. terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah, anakku hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yg mendoakan kami sekeluarga.. Aamin2....” kata Siti Nurhidayah dalam Instagramnya. 

Siti Nurhidayah dapat menarik nafas lega apabila menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya Ali Puteh. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pagi Jumaat, 18 Februari 2022 itu.


Ali Puteh mengesat air mata setelah tewas dalam kes saman


Peguam yang mewakili Siti Nurhidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, hakim menolak tuntutan dibuat oleh keluarga Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 dengan kos.

Ekoran itu, pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya  Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey diperintahkan membayar ganti rugi kepada kakak iparnya itu sebanyak RM60,000.

Kemelut antara Siti Nurhidayah dan Ali Puteh bermula sejak dua tahun lalu iaitu tidak lama selepas kematian Abam apabila kedua-dua belah pihak saling memfailkan saman berhubung harta membabitkan peninggalan Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey (dipanggil Hamzah) yang kini berusia tiga tahun.


Hidayah dan Hamzah bersama Abam ketika masih hidup

Sebagai rasa syukur, Siti Nurhidayah dan anaknya, Hamzah memberi sedekah berupa sejumlah buah-buahan kepada surau Nurul Iman, Seksyen 6, Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor.

Setelah kematian Abam, Siti Nurhidayah, pulang ke kampungnya di Sabak Bernam, Selangor dan menjalankan beberapa perniagaan termasuk perniagaan dalam talian untuk kelangsungan hidup sekeluarga.

Hubungan dengan keluarga Abam yang meninggal pada usia 33 tahun,  menjadi renggang dan dipanaskan lagi apabila Ali Puteh mewakili keluarga Abam termasuk ibunya, mengemuka saman dan Siti Nurhidayah kembali menyaman Ali Puteh.
Bagaimanapun kemungkinan besar pengeseran Hidayah dan Ali Puteh akan kembali ke mahkamah apabila Ali bakal menfail rayuan. - KitaReporters

14
8
0
11
0
You will be interested