Seni & Sukan 02 Nov, 2021

Video| Luncai Emas pilih Arief Putra! Video Hendaklah Cari Pengganti dah meletup dalam YouTube!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SYARIKAT rakaman milik maestro Datuk M. Nasir, Luncai Emas Sdn Bhd melangkah setapak lagi ke arah mewujudkan  keseimbangan seni dan komersialisme dalam menyesuaikan perubahan kepada trend muzik kini apabila menjalinkan kolaborasi bersama Indonesia.

Kerjasama itu menyaksikan Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single lagu ‘Hendaklah Cari Pengganti’ nyanyian Arief Putra, 21,  yang terkenal sebagai penyanyi muda yang banyak menyanyikan lagu slow rock.

Barangkali masih ramai dalam kalangan pencinta muzik Malaysia berbanding Indonesia yang belum mengenali nama Muhammad Arief Putra namun, penyanyi berasal dari Jakarta ini dikenali mempunyai suara yang sangat merdu dengan cengkok khas Melayu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Luncai Emas



Lagu-lagu Arief, kebanyakannya viral dalam TikTok bahkan dalam akaun YouTube, lagu beliau mencapai tontonan ratusan juta kali, menjadikan pencapaian yang luar biasa baginya sebagaimana lagu 'Emas Hantaran' feat Yollanda yang mencapai angka 132,908,227 tontonan sejak dimuat naik pada 22 Oktober 2020 lalu.  

Kini melalui single terbaharunya ‘Hendaklah Cari Pengganti’ ciptaan pengkarya di Indonesia iaitu Ayu Rizki Yani (isteri kepada pemuzik terkenal, Dodhy Hardiyanto), Arief melebarkan sayap menjalinkan kolaborasi bersama Luncai Emas untuk melancarkan singlenya itu dalam YouTube dan saluran penstriman bagi Malaysia dan Singapura.

Hasilnya merupakan satu kejutan apabila video klip ‘Hendaklah Cari Pengganti’ oleh Arief telah mencapai lebih 800 ribu tontonan (setakat 2 November 2021) dalam YouTube Luncai Emas dari tarikh muat naik ke youtube iaitu sejak 8 September 2021.



“Saya lihat sambutan di Malaysia amat baik,” ujar wakil pengurus di Indonesia, Mujahid & Rino terhadap single penyanyi asal solo Minang itu yang masih mengekalkan genre muzik slow rock Melayu sebagai pilihan.

“Kami  berharap lagu ini terus  diterima dengan baik oleh pencinta musik di Malaysia dan Indonesia mahupun di luar. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudah terlibat dalam pengarapan lagu terbaru Arief. 

"Semoga lagu lagu ini nantinya menjadi koleksi musik di tanah air,” sambung Rino.

Selaku pengedar rasmi lagu ‘Hendaklah Cari Pengganti’ secara jualan digital di platform di Malaysia dan SIngapura, Luncai Emas mengambil peluang untuk mengajak semua menonton video klip dalam saluran YouTube Luncai Emas manakala  audio rasmi pula telah dimuat naik ke semua saluran digital. 

Tahniah! Luncai Emas yang terus berkembang walau pun tidak terkecuali dihimpit sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang menyerang satu dunia.



Arief bersama isterinya. - Foto kredit @putri_yumaa


Bila tenung wajah Arief dan dengar suaranya seakan mirip pelantun lagu 'Selamanya', Usop, 24,  atau nama penuhnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor kan? 

Bezanya penyanyi muda ini sudah bergelar suami kepada gadis pilihannya bernama Putri Ayuma. 

Korang rasa setuju tak?

Itu pandangan peribadi penulis sahaja ya... Apa pun yang pasti Arief Putra bukan pengganti Usop atau jelmaan pelakon Ady Putra ya.. 

Dengan memiliki lagu 'Emas Hantaran' memang tepatlah pilihan Arief untuk berada di dalam keluarga Luncai Emas. Semoga terus berkilauan dan bersinar bagaikan emas! - KitaReporters


Usop. Foto kredit @usopofficial.

16
8
0
13
0
You will be interested