Seni & Sukan 06 Jan, 2022

Terengganu Monsoon Challenge (TMC) redah musim tengkujuh! Cungkil bakat muda sukan pelayaran!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pelayar muda negara bergambar kenangan dengan urusetia penganjur Terengganu Monsoon Challenge. - Kredit gambar: Media Kreatif UMT


KEADAAN cuaca yang tidak menentu dengan angin kencang dan laut bergelora ketika musim tengkujuh melanda negeri Terengganu tidak mematahkan semangat peserta program Cabaran Monsun Terengganu atau Terengganu Monsoon Challenge (TMC) 2021 sebaliknya ia memberi cabaran yang luar biasa kepada semua peserta terbabit. 

Penganjuran program tersebut yang berlangsung di Perairan Pulau Duyung, Kuala Terengganu, bermula pada 31 Diusember 2021 dan berakhir pada 2 Janauari 2022 berjaya mencungkil 30 bakat muda dalam sukan pelayaran dari seluruh negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelayaran

Peserta sedang mengharungi ombak di perairan Pulau Duyung, Kuala Terengganu.


Penganjur menerima 213 penyertaan daripada semua peringkat usia termasuk atlet paling muda berusia lapan tahun. Selain itu, penyertaan enam atlet orang kurang upaya (OKU) juga turut memeriahkan kejohanan pada kali ini.

Timbalan Pengerusi TMC Mohd Hafizi Said yang juga Pengarah Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, pihaknya menerima 213 penyertaan daripada semua peringkat usia termasuk daripada atlet paling muda berusia lapan tahun.

Katanya, Ia satu perkembangan dan peluang yang baik dalam mencungkil bakat-bakat muda yang akan menjadi aset negara seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.


Iqbal Nazham Musmuliadi menerima hadiah dan piala daripada Dr Alias Razak.


“Menerusi aktiviti tersebut juga ia berjaya menghidupkan kembali sukan pelayaran melibatkan atlet orang kurang upaya (OKU) dengan penyertaan seramai enam orang pada TMC kali ini,” katanya pada majlis penutup dan upacara penyampaian hadiah TMC 2021 pada Ahad 2 Januari 2021.

TMC anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Pusat Latihan Pelayaran UMT merupakan penganjuran kali ke-4 sejak 2017 tetapi ditangguhkan pada 2020 berikutan pandemic COVID-19 yang melanda negara.


Acara sukan layar tetap berjalan lancar walaupun musim tengkujuh di Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak melakukan upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya.

Dalam pertandingan tersebut Terengganu muncul juara bagi kategori Pasukan Terbaik Piala Monsun, manakala gelaran pelayar terbaik pula dimenang oleh Iqbal Nazham Musmuliadi dari pasukan Kedah masing-masing menerima hadiah wang tunai dan piala pusingan.


Peserta dan urusetia penganjur hadir pada sesi majlis penutupan program.


Program tersebut  bertujuan menghimpunkan pelayar-pelayar profesional dan amatur dari semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Seramai 63 orang pelajar UMT yang mengambil subjek Asas Pelayaran dan Lanjutan Pelayaran telah bertugas, sekali gus melaksanakan tugasan kerja kursus subjek mereka. 

Cabaran pelayaran ini memberi pendedahan secara hand-on kepada pelajar-pelajar bagi menganjurkan kejohan besar seperti TMC. - KitaReporters


Pelayar muda yang menyahut cabaran acara Terengganu Monsoon Challenge 

11
16
2
13
0
You will be interested