Seni & Sukan 23 Apr, 2022

Video| Juliana Evans pasang impian jadi penerbit! Muncul dalam telemovie Demi Raya, 24 April ini!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Pelakon kacukan Melayu-Inggeris yang kini sudah bergelar Che Puan, Juliana Evans, 33, melahirkan impian untuk  menjadi seorang penerbit dan bekerja di belakang tabir sebagai memenuhi ‘cintanya’ yang tidak pernah padam semasa menceburi bidang seni.

“Angan-angan untuk menjadi penerbit sudah lama ada cuma masa sahaja penentunya bila ia akan terlaksana,” ujar Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans ketika ditemui pada majlis Program Tayangan Perdana Program-program Raya Awesome TV 2022 bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Juliana Evans


Katanya, banyak idea yang berada di dalam kotak fikirannya sama ada untuk menerbitkan drama, filem dan program-program seni lain dan perancangan ke arah itu sedang disusun.

“Saya tidak mahu terkejar-kejar dalam melaksanakannya nanti saya pula rasa tertekan. Saya takut-takut sebenarnya tetapi saya konfiden boleh melakukannya,” tambah Juliana dalam ketawa kecil sambil membayangkan impiannya menjadi penerbit mungkin dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun 2022 ini atau pun tahun hadapan.


Foto kredit: Instagram @julianaevans.


Sejajar dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media yang digenggam dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat, Juliana mengakui akan terus aktif dalam industri namun tetap tumpukan perhatian utama kepada suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj dan cahaya mata perempuannya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, berusia 3 tahun.

“Suami memberikan sokongan tetapi tetap menasihatkan saya agar berehat memandangkan dia nampak kadangkala saya kepenatan sampai muntah bila pulang ke rumah,” cerita Juliana yang lebih mesra disapa Ju dalam kalangan teman-teman rapatnya.



Berbicara lanjut mengenai  kedudukan dan statusnya sebagai seorang isteri kerabat diraja Johor dan Selangor, Juliana tidak menganggap ia mengubah kehidupannya malah akui masih suka berdikari dan bebas.

“Saya masih diri saya cuma lebih matang dan tiada sebarang peraturan yang perlu saya mohon apabila ditawarkan berlakon cuma mahu waktu kerja dihadkan 12 jam sahaja agar saya dapat tumpukan pula pada rumah tangga,” jawab Ju sambil menambah kata, kadang-kadang beliau terlupa sebab dah biasa hidup berdikari sehingga suami memberi peringatan.

Terbukti, kehadirannya pada majlis Awesome TV tidak diiringi pengawal peribadi malah penampilannya lebih sederhana daripada rakan-rakan artis lain yang berpakaian tradisional sesuai tema majlis.

“Cukuplah dengan adanya pemandu bagi memudahkan saya bergerak agak tidak terlalu letih selepas habis shooting,” tambah Juliana. 



Juliana bakal muncul bersama penyanyi Naqui dalam telemovie ‘Demi Raya’ yang akan ditayangkan pada esok (24 April 2022) di Awesome TV saluran 112 dan Astro 123, jam 10 malam.

‘Melalui telemovie tersebut, penonton akan dapat melihat saya bermain gitar, taklah pandai sangat tetapi memang saya ada basic bermain gitar. Jadi saya harap orang orang yang pandai bermain gitar janganlah ‘judge’ sangat kerana sekurang-kurangnya apa yang saya belajar dulu saya praktikkan dalam cerita ini,” akhiri Juliana senyum. - KitaReporters


@julianaevans : It’s nice to finally play a character as a musician 🎸 ~ saksikan IKA dalam telemovie #DemiRaya esok Ahad 10 Malam di Channel 123 Awesome TV 🤟🏻 #bassguitar #livinmyrockstarfantasy

9
10
0
14
0
You will be interested