Seni & Sukan 28 Apr, 2022

Yasin dalam keadaan baik di penjara! Jadi imam solat lima waktu dan tarawih! Juga ajar mengaji!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Yasin ditahan di penjara Sungai Buloh

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman, 47, berada dalam keadaan baik di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih serta mengajar sejumlah banduan mengaji.

Perkara itu dinyatakan oleh abangnya, Zain Sulaiman, 50,  yang bergilir-gilir dengan anggota keluarga lain melawat Yasin di penjara. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Muhammad Yasin Sulaiman

 

Yasin ditahan atas kesalahan memiliki dan menanam pokok ganja

Menurut Zain, dia dan ayahnya melawat Yasin di penjara pada minggu lalu dan cuba melawat lagi pada Syawal nanti.

"Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh ada tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar. Harap dia terus ambil ubat

"Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh banduan-banduan lain dan kakitangan di sana,” kata Zain kepada sebuah media.


Yasin bersama anaknya Malaika

Zain juga mengusahakan agar dua anak Yasin, Sameer, 18, dan Malaika, 14, dapat melawat. 

Tambah Zain, dia sekeluarga sudah mendapatkan khidmat pasukan guaman bagi pembelaan kes Yasin. Untuk tujuan itu Tabung Bantuan Yasin Sulaiman dilancarkan.




Tabung ini sudah diumumkan dalam Facebook dua minggu lalu dan baru disiar dalam Instagram. 

Menurut Zain, sambutan adalah mengalakkan dan yakin sumbangan untuk kos guaman akan dapat diperoleh dalam sedikit masa.

Penyanyi kumpulan nasyid kontemporari, Brothers ini yang popular sekitar tahun 1990-an, kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 24 Mac 2022.

Yasin juga komposer berkaliber dengan sejumlah lagu popular seperti ‘Teman Sejati’ dan ‘Mimpi Laila’ dan ‘Salsabila’.

Mahkamah menerapkan 18 Mei 2022 untuk sebutan semula kes. Yassin jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - KitaReporters


12
16
0
9
0
You will be interested