Seni & Sukan 21 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Gerebok Rezeki aktif pada Ramadan! Surau Nur Islam terus hulur bantuan makanan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


SURAU Nur Islam di Jalan Bayu, Bandar Seri Alam, Masai, Johor, terus mengaktifkan Gerebok Rezeki pada bulan Ramadan sekarang selepas diitubuhkan dua tahun lalu bagi membantu meringankan bebanan mereka yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19.

Timbalan Pengerusi surau berkenaan yang juga penyelaras projek bersifat bank makanan bagi memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia itu, Roszaidi Ramlee, berkata tujuan asal penubuhan Gerebok Rezeki adalah bagi menyantuni kariah dan masyarakat sekitar yang terjejas atau terputus bekalan makanan asas kerana PKP.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bank makanan

 

Menurutnya, idea menubuhkan Gerebok Rezeki itu datang daripada ahli jawatankuasa surau apabila menyedari serta mendapat maklumat ramai kariah yang diberhentikan kerja, menjadi mangsa positif Covid-19, ahli keluarga yang dikuarantinkan menyebabkan terputus bekalan makanan harian.

Jelasnya,  masalah tekanan ekonomi serta sumber pendapatan terjejas menyebabkan Gerobok Rezeki itu diaktifkan bagi mengagihkan keperluan barangan makanan asas kepada mereka terbabit dan pihak surau berasakan bertanggungjawab menghulurkan bantuan segera.


Roszaidi menunjukkan antara pelbagai barangan keperluan asas yang terdapat dalam Gerebok Rezeki.


“Selepas mendapati Gerebok Rezeki ini berfungsi dengan baik dan mendapat sambutan daripada mereka kesempitan ahli jawatankuasa surau bersetuju untuk terus mengaktifkannya pada sepanjang Ramadan

“Pada Ramadan ini pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, gula, garam, tepung, susu, telur, sardin, teh, kopi, biskut, mi segera, kicap, sos cili, minuman kordial, kurma dan air mineral dipenuhi dalam Gerebok Rezeki untuk dimanfaatkan oleh kariah, keluarga miskin, asnaf serta musafir yang memerlukan bantuan makanan,” katanya.

Roszaidi  berkata, seperti juga pada masa PKP dahulu jika ada keluarga miskin atau asnaf yang tidak dapat datang mengambil barangan di Gerebok Rezeki itu kerana masalah pengangkutan dan sebagainya ahli jawatankuasa surau akan menghantar ke tempat tinggal mereka.

Menurutnya, mereka yang memerlukan barangan keperluan asas itu boleh datang mengambilnya pada bila-bila masa sahaja manakala bungkusan juadah berbuka Ihya Ramadan yang mengandungi sekotak kurma, bubur lambuk dan makanan selain diletakkan dalam Gerebok Rezeki turut diagihkan ke rumah kariah sekitar surau.


Ahli Jawatankuasa Surau Nur Islam, Jalan Bayu, Bandar Seri Alam, Masai, Johor menunjukkan pelbagai barangan keperluan asas yang diletakkan dalam Gerebok Rezeki sepanjang Ramadan.


Tambahnya, barangan yang diletakkan pada Gerobok Rezeki itu adalah daripada sumbangan orang ramai dalam tabung kebajikan surau selain infak pihak berkenaan dan individu yang ingin berkongsi pada Ramadan.

“Saya amat berharap Gerebok Rezeki ini terus berfungsi dan memainkan peranan terutama bagi memastikan tiada jiran tetangga khusus daripada keluarga miskin dan asnaf terbiar tanpa dibantu selain lebih banyak syarikat atau organisasi tampil menginfakkan pelbagai barangan makanan asas,” katanya.


Ahli Jawatankuasa Surau Nur Islam menyusun barangan yang diinfak dalam Gerebok Rezeki.


Sementara itu, di Semenyih, Selangor, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raja Tun Uda, mengadakan majlis gotong-royong memasak dua periuk besar bubuk lambuk untuk diagihkan kepada komuniti sekitar taman berkenaan pada 18 April 2022. 

Pengerusinya, Shahnizam Saman, berkata, bersama beberapa ahli KRT terbabit sejak awal pagi mereka sudah memulakan kerja penyediaan rencah dan bahan mentah bagi membuat bubur itu supaya dapat dimasak serta diagihkan sebelum waktu berbuka.

“Program ini sentiasa menjadi pilihan KRT pada setiap Ramadan kerana berjaya merapatkan ukhuwah komuniti yang menetap di taman berkenaan serta datang dari pelbagai negeri,” katanya. - KitaReporters


Ahli KRT Taman Raja Tun Uda bergotong-royong menyediakan rencah dan bahan mentah untuk membuat bubur lambuk.

27
15
0
17
0
You will be interested