Seni & Sukan 02 Apr, 2022

Tabik spring McDonald's Malaysia! Rai 17,000 anggota polis di seluruh negara! Hari Polis Ke-215!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Inisiatif ini merupakan salah satu dari Program Komuniti McDonald’s Malaysia & RMHC bagi menghargai dan menyumbang semula kepada anggota masyarakat. - Kredit foto-foto:  McDonald’s Malaysia 


BAGI menghargai jasa pasukan polis yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu dan ketika, McDonald’s Malaysia telah mendedikasikan bulan Mac 2022 bagi menyantuni lebih dari 17,000 anggota polis dari balai-balai polis berdekatan dengan 320 buah restoran McDonald’s di seluruh negara

Bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-215, McDonald’s telah hadir menceriakan sambutan Hari Polis pada setiap 25 Mac itu dengan menyajikan hidangan McDonald’s di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Alor Setar, Kedah; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuantan, Pahang; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Kinabalu, Sabah


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan McDonald's Malaysia


“Anggota polis adalah antara barisan hadapan negara yang memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara pada setiap masa.  

"Ini merupakan salah satu cara bagi kami menghargai komitmen dan dedikasi mereka demi keamanan negara dan masyarakat khususnya, pada hari yang istimewa dan bermakna buat mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media pada 25 Mac 2022 lalu.     



Inisiatif ini merupakan salah satu dari Program Komuniti McDonald’s Malaysia & RMHC bagi menghargai dan menyumbang semula kepada anggota masyarakat di sekitar lokasi mereka beroperasi.  

Setiap tahun, lebih dari 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 

Sehingga kini, lebih dari satu setengah juta pek makanan telah disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Sempena bulan Ramadan Kareem nanti, McDonald’s bakal menyumbang jamuan moreh kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan restoran McDonald’s dan beberapa program lain. - KitaReporters



Kredit foto-foto:  McDonald’s Malaysia  

11
12
0
12
0
You will be interested